Tadi aku baru baca blog Dr. Khir. Demokrasi, Kebebasan Bersuara dan Kuasa. Dr. Khir orang politik dia dah masak asam garam orang politik dan terkini pengalaman yang menjadi pembangkang.
Inilah sebenarnya orang ramai tidak sedar atau tidak dapat berfikir dengan baik. Mereka berfikir bukan dari konsep politik tapi hanya bercerita berlandaskan kepada kehendak hati. Mengapa orang ramai percaya bulat2 apa yang orang politik katakan.
Pertama, demokrasi terpilih.
Orang pakatan hebat menonjolkan amalan demokrasi kerana mereka beranggapan merekalah pejuang demokrasi. Aku hanya mengambil contoh dalam beberapa perkara. Mereka kata, Lompat Katak 3 Adun di Perak seperti menafikan hak rakyat, dan amalan yang tidak baik.
Aku setuju apa yang mereka kata, tapi..... adakah pakatan tidak membuat perkara seumpama itu..? huh.... macam cilanat betul arr..... dok mengata tapi sendiri bikin kerja kotor. Mereka kata umno banyak korupsi, tapi dalam kes 16 Sept dah la suruh orang melompat, siap tawarkan jawatan lagi. adoii.....
Menipu bulat2 dan ramai yang percaya kata2. Aku pun naik heran. Kenapa kita terlalu cepat menerima dan percaya akan cerita politik dengan begitu sahaja..? Sebab inikah kita sering terpedaya sampai satu tahap dipanggil kaldai. Kaldai politik, kaldai dadah atau kaldai cinta..?
Kuasa.
PR gile kuasa ada. Aku tak nak cerita kemelut perak tapi aku cuma ambik perkara remeh. Isu pecat. Dulu dok mengata BN tapi sekarang bila ada kuasa, mereka guna kuasa sehingga tabika pun dia nak guna kuasa veto. alahai.....
Inikah parti alternatif untuk aku jadikan payung untuk masa akan datang..? Inikah yang nkorang dapat setelah gadaikan kepentingan bangsa, agama aku....
Aku pernah baca komen blog orang. Tentang perlantikan Nizar sebagai MB. Setahu aku, orang umno hanya menyatakan Pas tidak sedar diri bahawa Nizar dilantik oleh Sultan dan bukan kehendak pakatan. Sebab pada mulanya orang pakatan mahukan MB dari kerusi PKR dan bukan Pas. Dalam bahasa mudah Nizar jadi MB ehsan Sultan. Itu sahaja. Mengapa terpalit kes umno banyak menang di Penang tapi bagi cina memerintah di Penang.
Bagi aku, UMNO banyak menang kerusi di Penang tapi Gerakan menjadi KM, itu lebih baik dari Pakatan Rakyat yang kerusinya banyak diwakili oleh DAP untuk mewakili orang melayu. Cina nak tolong melayu ke..? alahai... baiknya cina tuh....
Aku ambik contoh di Penang. DAP kompem cina. PKR ada cina, india melayu. Pas Melayu. So... berapa ramai Adun melayu.? Silap2 kalau ikut nisbah, 50:10 orang je melayu.... sebab tu nak pilih timbalan ketua menteri pun susah. Kalau perkara ini dalam kerajaan Malaysia.... adoii.... mampus arr negara aku.
Mungkin Umno bagi kerusi pada Gerakan untuk Ketua Menteri adalah disebabkan kontrak sosial satu ketika dulu. Tentang kesahihan itu, aku tak tahu sebab aku bukan penganalisa politik. Aku nak tanya orang pakatan, agak2 la..... boleh ke Ketua menteri Penang dari kalangan orang melayu...? kalau yea..... hahaahhahaha..... baguslah... tapi bagi aku harapan tinggal harapan la.
Kalau Dap nak letakan salah seorang wakil melayu untuk MB, adakah kita sedar bahawa mereka juga perkauman seperti umno. Dalam pendidikan, kita sibuk mengatakan sekolah satu aliran untuk melahirkan bangsa Malaysia, Cina dan India nak ke tinggalkan sekolah cina..? Fikirlah sendiri....
Apapun.... hakikatnya melayu semakin rugi. Cina tak kacau cina. Tapi melayu kacau melayu untuk kuasa. Lihatlah.... ada politik cina macam melayu...? selesa je Dap perintah oleh Penang. Sebab apa... sebab bangsa sendiri dapat... apa ada hal.
/me sibuk kutuk DEB perkauman... tapi pada yang sama kerja dengan kerajaan kerana kuota melayu. Mungkin kalau aku PM, aku ikut kata mereka. Bagi je kat cina dan india ramai2 kerja kerajaan. Aku bagi kemasukan U atau sekolah2 yang baik untuk cina dan india. Baru padan melayu yang dok mengata tanpa cermin diri. Tak pernah bersyukur.... huh.
No comments:
Post a Comment