Aku selalu bercakap masih berlapis lagi terutama bab agama dan kritik ulama agama. Sebab tu bila Nik Aziz kata hari ni setuju esok kata tak setuju, aku diam je la. Malas nak kritik orang kuat agama.
Tapi kekadang ada gak dok mengata sipi2.... tapi hanya dalam konteks politik dan bukan agama. Kerana agama perlu dalam politik tapi agama tidak perlu politik. Tapi aku tengok sekarang Pas mempergunakan agama bukan kerana perjuangan tapi lebih terarah kepada politik untuk kuasa.
Yang menyedihkan bila agama itu kekadang dipersendakan. Apapun, aku bukan nak cerita Nik Aziz atau Pas.... tapi untuk bagi link kat link untuk sape2 yang sesat dalam blog aku. Baca blog faisalrobhan.
Kekadang terluah juga pada mereka yang tidak faham kepada mereka apa yang aku katakan. Mereka sembur aku kerana Nik Aziz itu orang agama. Tapi bagi aku, dalam mengejar ilmu akhirat dunia tidak perlu dilupakan.
Kalau dilupakan kita akan ditindas. Bila ditindas.... bagaimana agama kita harus berkembang dan bukankah tuntutan agama untuk melayari dunia ini sepenuhnya. Ilmu dan segala ciptaan Allah harus dikaji. Sebab itu kita dipanggil khalifah Allah.
No comments:
Post a Comment