Sunday, May 3, 2009

karam singh walia melaporkan

Aku senyum lagi bila Datuk Karam Singh mengatakan “ bincang rumput di laman orang, rumput di laman sendiri mencecah dinding.”

Aku tak tahu berapa kali aku menulis alam sekitar. Sebab apa aku menulis lagi..? sebab aku tak puas hati, geram dan bengang. Bukankah aku menulis untuk melepaskan geram..?

Kelmarin, isu penebangan balak, hari ini sisa kumbahan yang tidak terurus. Siapa yang harus dipersalahkan kalau premis majlis sendiri tidak ada kolam takungan.?

Sering kali kerajaan menuding rakyat, walhal kebanyakan kerosakan alam dinaungi sendiri oleh kerajaan. Apa dah jadi ni… semua jabatan kerajaan tak buat kerja.

Aku tengok semua kenderaan pacuan 4 roda hebat-hebat tapi bab kualiti kerja macam sampah. Logik ke kalau pihak perhutanan tidak mengetahui kejadian penebangan balak atau sistem perladangan tidak terurus.?

Kalau sekali terlepas pandang tidak mengapa, tapi kalau sering kali, adalah tidak munasabah. Dalam isu ini, kerajaan Negeri Pahang sepatutnya lebih alert dengan keadaan dan bukan berpeluk tubuh sahaja.

Kenapa pegawai yang ditugaskan tidak ditukar ke jabatan lain.? Atau mungkin SPRM patut menjalankan siasatan..? kalau inilah kualiti pegawai sektor awam, hurmmm… memang benar la kerja orang kerajaan tak serupa bikin.

No comments:

Post a Comment