Monday, May 11, 2009

nuffnang

Mana ada apa-apa dalam blog aku..? takder templete yang menarik pun. Bukan tak mampu nak edit html, tapi aku kureng berminat nak cantik-cantikan blog ni.

Kalau cantik sekalipun, bukan ada orang baca, takde siapa yang baca..?…. Opss, ada la, sape kata takde. Bini aku selalu baca. Agaknya la… kalau tidak, kalau dulu dia zero politik tapi sekarang dia ada bertanya tentang politik terbaru. So apa lagi.... aku racun rumpai dengan seribu persoalaan la. Mama kan pro pembangkang skit2 kan... wekk...

Apa tujuan kita buat blog..? biasanya orang menulis atas dasar suka-suka dan ada sebahagian yang menulis blog untuk menjana pendapatan. Tapi dalam keadaan gawat ini, aku rasa duit dari blog mungkin kurang kot.

Oleh kerana hiasan dalaman blog aku kurang, dan tidak mempunyai satu pun aksesori, maka bini aku pun suggest. Try la buat nuffnang. Ahaks sambil aku senyum je….. mengapa tidak, tahun 2005 aku pernah kuarkan belanja untuk kursus buat blog. Bukan kerana blog tapi ada something yang aku cari disana…

Untuk apa nuffnag kalau blog aku tidak ada pembaca..? apapun aku akan buat nuffnang sebab aku nak tahu samada sejauh mana marketing tradisional ni mampu memasarkan blog. Tapi sebelum aku buat, tulisan aku takde la carca merba macam ni. Siapa yang baca blog aku kompem telan panadol 1 tablet.

Pada pendapat aku, cara untuk mencari market blog kita bukan susah. Aku ambil satu dua cara sahaja. Mungkin tips kot… hahahha… camne ek, aku ni macam tupai membaiki labu ke.? Blog sendiri entah kemana tapi eksen nak bagi tips kat orang.

Pertama, seorang penulis blog dia pasti rajin baca blog orang..rite..? so, alang-alang dah baca blog orang, rajin-rajin la komen. Bila dah komen, pembaca akan atau owner blog itu akan tengok kita punya profile dan seterusnya blog kita.

Tapi, ia bergantung penulisan komen kita. Kalau yang suka maki atau beri komen yang pedas ke atas blog politik, nama kita akan menjadi sebutan. Now… sasaran kita dah kena kan… menjenamakan nama sendiri. Itu hanya contoh, kalau kita bagi komen yang bernas, orang pun akan mencari kita dan sure mereka akan tengok kita punya profile kan…. So… pandai-pandailah menulis.

Step yang kedua, kalau dah komen, kalau kita memang muka tak malu, nak blog kita glemer, apasalahnya, ending komen itu bubuhlah url blog kita. So… nasib baik kita baik, dia akan clik. Then kalau blog kita memang bagus…. Sekali tengok nak lagi kan..? Silap-silap blog kita akan masuk dalam rangkaian pautan blog mereka. rite…??

Apapun, profile blog aku, aku dah off kan. Aku sengaja nak bagi ia lebih tradisional. Aku kan manusia pelik… inilah satu kepelikan aku. Menguji itu adalah asas aku. Sebab tu, dulu awek aku, ( sekarang bini la, yang pertama dan terakhir ooww.. ) malas dia nak fikir tentang aku. Yang penting kami saling sayang menyanyangi… ahaks…. Poyonya aku ni..

Follower…? Opss.. ini lagi cepat. Kalau kita rajin follow blog orang, orang akan follow blog kita. Tapi, kalau kita follow blog yang ada nama, mereka akan kerek skit. Poyo mereka ni… susah arr dia akan follow blog kita. Kedua, jika follower blog pemimpin, komfem…. mereka takan follow blog kita.

Kedua penulis blog seperti Kadir Jasin,….. tak payah mengharap la… tengok gaya je rasa dia macam bagus. Tapi tidak seperti kawan dia, dunia tiger yang lebih flexsi dan saling hormat menghormati. Tapi kalau kita rajin komen blog dia, kita letak url kita, ada kemungkinan, pembaca blog mereka akan membaca blog kita. So…. pandai-pandai la ek… aku bukan consultan, aku hanya seorang penulis blog syok sendiri.

Aku rasa banyak lagi cara kalau kita nak blog kita dilayari orang. Yang penting beruasaha dan rajin. Contoh, kalau ada gambar hanya kita seorang ada, apalagi… bubuh la kat gambar tu addres kita. Itu satu tips lagi.

Aku blom crite keyword dalam pencarian….. nama artis ke…. Sesuatu pilihanraya ke…. Apapaje la… aku dah bosan…. Aku nak keluar bawak anak aku tengok sawah nan menguning….. hhahaha… pokok padi kecik lagi mana ada kuning daa…. Semua hijau-hijau lagi…. Huh..

No comments:

Post a Comment