'Umno tidak boleh lagi bernostalgia'
Ianya masih retrotik. Pemimpin Umno tidak pernah untuk berubah. Lihat kepada umno Terengganu. Tidak fahamkah tuntutan politik masakini. Aku pun naik meluat dengan kisah adun2 Terengganu ini.
Mengenai usaha menangani media alternatif, Najib berkata, ia perlu ditingkatkan bagi mewujudkan hubungan lebih positif dengan penulis blog supaya mereka memahami apa sebenarnya dilakukan Umno dan BN supaya tidak berlaku salah tanggapan dan persepsi di kalangan rakyat.
Kerajaan cuba mendekatkan penulis blog tapi dari segi pemerhatian aku, ianya agak slow. Sepatutnya kerajaan bertindak dengan cepat kerana penulis blog mempunyai pengikut yang agak ramai dan yang paling penting orang muda sekarang membaca blog dan bukan akhar.
Tiada input yang diberikan kepada penulis blog dan semasa pilihanraya umno seperti tidak menjemput penulis blog dalam berkempen. Walau ia hanya merupakan isu setempat, tetapi pembangkang pandai memanipulate isu2 ini. Lalu ia kelihatan panas walhal kalau umno mampu memberikan input terbaik pada penulis blog.... ianya tidak menjadi kudis. Tapi nak wat camne kan.... umno ni selalu syok sendiri.
Aku heran dengan umno, kenapa tidak melakukan lagi perubahan yang dituntut terutamanya orang muda. Lihat sahaja apa aktiviti di kampung..? ada program2 yang diatur..? Ada masalah penduduk diatasi dengan segera..? ada program belia dibuat secara meluas..?
Sering kali aku kata... umno kena rajin turun padang. Tapi umno masih seperti dulu. Memerintah dari atas atau luar tanpa melihat masalah didalam.
IPP merupakan isu yang besar dimana warga pekerjanya sekarang tertekan kesan daripada wujudnya IPP. Tapi kerajaan bersikap membisu tanpa ada jalan penyelesaian. Macam mana rakyat tidak bengang kalau segalanya hanya kata2 tanpa ada perlaksanaan..?
Kedua ialah masalah tuntutan gaji. Andai ia tidak ditangani dengan segera, kompem.... akan datang ia akan menjadi isu yang sukar ditangani. Lihat sahaja syarikat GLC yang terkial2 untuk menangani masalah ini. Dan sekarang.....pekerja GLC memberi tekanan kepada kerajaan. Adakah CEO GLC ini dikalangan yang terbaik dalam memberikan perkhidamatan...?
Aku rasa banyak lagi yang aku nak tulis... kerana cabaran Peperangan.... aku KIV tulisan aku ni.
No comments:
Post a Comment