Dulu kalau tak silap aku, bukankah pembangkang sibuk memperalatkan jambatan kedua penang ni. Sekarang dia sudah menjadi kerajaan, menggesa plak projek yang diutarakan oleh BN.
Baru sedarkah kepentingan projek tersebut...? atau satu hari nanti, apabila pembangkang memerintah, keutamaan kerajaan oleh pembangkang ini menyegerakan projek jambatan bengkok sebagai lambang keutuhan PAP dan DAP..?
Kekadang memang aku berbulu dengan kerajaan. Mereka masih melayan lagi negeri pembangkang sedangkan negeri yang diperintah oleh BN masih lagi ketinggalan jauh. Alasan yang sering diberikan ialah negeri pembangkang masih ada orang melayu.
Kalau ia masih dijadikan alasan, maka tiada la bezanya antara negeri pembangkang dengan negeri yang diperintah oleh kerajaan. Berbillion di salurkan kepada negeri pembangkang tapi di negeri aku yang diperintah oleh BN, satu universiti lagi tidak ada. Adil ke..? atau BN nakkan negeri kami diperintah pembangkang baru nak buat U...?
Sebagai contoh di Kelantan.... aku tengok kerajaan masih menyalurkan lagi dana yang tinggi untuk membina jalan bertingkat. Sedangkan di negeri aku jalan lama yang berlubang2 tidak ditar semula. Adakah ia kerana ramai menteri dari Kelantan lalu dana disalurkan kepada mereka..? kalau ia dijadikan ukuran..... takpe la... mungkin undi protes menunggu pada pemilihan akan datang.
/me kata tak suka pembangunan... semuanya dunia.... so biarkan la.... anak kera di hutan di susukan anak sendiri kelaparan. Bosannnnn aku politik macam ni. Sayang pada orang yang tidak menyayangi.
No comments:
Post a Comment