Dunia sekarang, dunia pengetahuan. Ekonomi sekarang, ekonomi pengetahuan K-ekonomi. Kita sudah siapkah nak pindah kepada K-ekonomi? Inovatif dan kreatif bukan lagi K-ekonomi tetapi era konsep atau dunia konsep. Di mana kita dengan nanoteknologi misalnya? Utusan.
DATO' SALLEH MAJID ialah Felo UtamaFakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
Dimana kesinambungan pembangunan Cyberjaya..? Pesoalan ini sering dalam kepala aku. Sepatutnya sekarang ini kita giat ke arah itu tapi perkembangan industri nano seperti tersekat.
Seperti yang aku katakan dulu, industri ini penting untuk kita mencapai wawasan. Kerana dengan industri ini kemajuan atau taraf hidup kita akan meningkat dengan lebih cepat. Sepatutnya sekarang kerajaan giat membuat persiapan ke arah dasar tersebut.
Persiapan yang aku maksudkan lebih terarah kepada pembangunan insan seperti Pak Lah ilhamkan. Namun, ilham Pak Lah hanya ibarat mimpi malam yang hilang di subuh pagi.
Universiti Apex perlu diperluaskan dan tidak perlu menunggu hasil daripada dasar tersebut. Andai pemantauan dibuat dengan teliti, aku rasa ia akan berjaya. Kalau tidak berjaya, menteri bertanggungjawab boleh dipersalahkan kerana ia merupakan KPI utama dia.
Kebiasaanya, kegagalan projek ialah dari segi perlaksanaan. Sebagai contoh, geran2 yang diberikan oleh MOSTI tidak diselia dengan baik oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan. Kajian atau reaserch biasanya dibuat seperti melepaskan batuk di tangga kerana para pensyarah akan membuat bukan bersungguh2 kerana mereka hanya membuat kajian untuk mendapat geran atau duit semata2.
USM membuat saringan bagi pelajar yang ingin memasuki U mereka. Mungkin ia kaedah terbaik untuk menyaring bagi mendapatkan siswazah yang berkualiti. Begitu juga dengan UM yang menyekat kemasukan degree bagi menumpukan kepada bidang kajian untuk menaikan ranking universiti mereka.
Timbul persoalan..... kalau semua ini berlaku... dimana rakyat ingin melanjutkan pelajaran untuk meningkatkan keupayaan diri..? adakah ia merupakan langkah yang terbaik..?
Ia telah dilaksanakan di dua buah universiti ini dan kemungkinan universiti lain juga mengikut jejak. Kerajaan tidak bercadang membuat Universiti baru tapi sekarang menyekat orang ramai untuk belajar. Ia sebenarnya mengecewakan aku kerana kerajaan tidak membuat tindakan susulan dari dasar tersebut.
Sepatutnya kalau kerajaan tidak mahu menubuhkan universiti baru, kerajaan sepatutnya meningkatkan taraf pendidikan yang lain sebagai pemangkin. Sepatutnya Poly2 yang lama bertapak seperti POU di Ipoh sudah mengorak langkah mengeluarkan graduan sarjana. Ini kerana di Jepun atau di negara maju... graduan2 poly ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai siswazah yang berkelayakan.
Kerajaan masih terkial2 dalam membangunkan pendidikan negara. Kalau Poly2 ini bergerak menghasilkan tenaga pakar seperti keluaran U, intitusi pendidikan seperti IKM atau ILP akan mengambil alih tugas Poli2teknik diseluruh negara iaitu menghasilkan kelas pertengahan atau separuh pakar.
Andai negara ditaburi dengan orang yang punya kepakaran iaitu modal insan, maka secara tidak langsung ia akan menampung pembangunan ekonomi nano tersebut. Andai kita tidak bersedia awal ke arah ini, dikhuatiri kekosangan kepakaran ini akan diisi oleh orang luar. So apakah ertinya pembangunan andai ia tidak bermaanfaat kepada rakyat..?
Salah satu untuk menjadi negara maju, elemen penting ialah teknologi tinggi dan pendidikan adalah asas kepada membangunkan teknologi tersebut. Aku berharap kerajaan bergerak dari sekarang kerana pada dunia sekarang bergerak lebih cepat kesan dari teknologi.
No comments:
Post a Comment