Dari tulisan Dr. Asri. Aku berminat sebab memang tak salah tanggapan aku... ulama tidak terhad ilmu agama sahaja sebab asal usul ulama ialah "ilmu". Ilmu diangangkat oleh Allah ke darjat paling tinggi sehingga Nabi bersabda, Ulama ialah pewaris Nabi. So memang tak salah assgment aku dulu.
Hari ni, Aku baca kat utusan tapi artikel tu takde plak. Aku copy kat blog Rakyat Malaysia.
"Apakah seseorang itu dianggap ulama hanya kerana dia berkelulusan pengajian Islam? Atau kerana dia memakai jubah dan serban? Atau kerana dia dipanggil 'ustaz'? Perkataan ulama berasal dari 'ilmu'."
Aku tak kisah la Dr. Asri ini menyokong Pas untuk puak mana... cuma aku ambik yang sama dengan kepala aku je.
Apakah jika seseorang yang hanya menguasai satu bidang sahaja sedangkan tidak kemahiran dalam siasah atau politik, layak digelar ulama yang boleh memerintah?
Kenyataan ini faktor aku menyatakan kenapa aku kata Pas tidak disokong oleh bukan melayu bukan kerana hudud tapi sebenarnya Pas tidak pandai berpolitik. Sebab tu, dulu aku sering katakan... kalau kita perjuangkan agama, tapi tidak pandai berpolitik..... matilah agama kita.
Kuasa itu perlu untuk kita mempertahankan agama dan mengembangkan agama. Dalam Islam kita disuruh berpolitik kerana agama perlu ada dalam politik. Tapi dulu, Pas terkial2 mencari rentak dalam politik negara.
Sekarang Pas kelihatan lebih kuat kerana ramai orang melayu tidak berani menyokong PKR. Mereka lebih suka menyokong Pas dari parti Anwar Ibrahim. Tapi puak yang menyokong Pas ini tidak sedar bahawa Pas mengikut telunjuk Anwar. Walau Hadi Awang nampak macam tidak selesa dengan perjuangan Anwar..... tapi hakikatnya Hadi mengikut.
Tu yang amat menyedihkan. Kerana apa. Perjuangan Anwar akan memusnahkan orang melayu. Tapi ramai melayu masih tidak sedar. Sebagai contoh.... statement orang melayu pakatan,
"aku tak sokong PKR tapi aku sokong Pas".
"sekarang orang bukan melayu sokong Pas".
Nampak kat sini orang tidak tahu apa sebenarnya politik dan kejahilan untuk berfikir. Kenyataan pertama untuk orang baru yang menyokong Pas dan kenyataan kedua ialah orang lama dalam Pas merasakan kebanggaan Pas sudah diterima oleh orang cina dan India. Sedangkan mereka menyokong Pas adalah kerana menyokong Anwar untuk memusnahkan perisai orang melayu.
Lihat gambar ini. Sampai sultan Perak pun mereka tak tahu.....
"Saya berpendapat perbahasan; sama ada ulama atau profesional yang layak menjadi ketua negara hanya membazirkan waktu".
Seperti tidak logik ia diperbahaskan tapi kenapa sebenarnya ia dibahaskan kerana luaran atau dalaman Pas sendiri yang merasakan bahang politik Anwar. Orang lama Pas sebenarnya tidak setuju dengan pendekatan Anwar.
Inilah sebenarnya Pas yang tidak tahu berpolitik. Kenapa hanya kerana seorang bernama Anwar Ibrahim mampu menggoncangkan Pas..?
Pemilihan Pas dilihat penting kerana orang ingin melihat sejauh mana Pas mampu menjadi pilihan alternatif untuk orang melayu. Apa yang terjadi sekarang umpama permulaan permainan politik yang sebenar.... dan apa yang menyedihkan..... baru nak mula.... bunyi pukulan politik wang juga kedengaran.
Apapun... tidak kisah sesiapa memerintah, asalkan dia berkemampun untuk mentadbir dengan baik.
No comments:
Post a Comment