Tadi sembang2 dengan kawan kejap. Sembang kosong tentang apa sahaja. Tapi bila aku baca blog Pemuda Nibong Tebal... aku tertarik dengan satu cara diantara 10 cara untuk umno kembali menarik kepercayaan rakyat.
Isu rasuah.
Kerajaan diperintah bukan terdiri daripada orang umno sahaja. Kerajaan diperintah oleh menteri dari BN tapi penjawat awam itu tidak melibatkan politik. Pendirian politik masing-masing, tak kisah la samada mereka menyokong kerajaan atau tidak.
Tapi... biasanya kerajaan dicop rasuah. Adil ke..? Kalau yang makan rasuah semuanya umno takpe... berani buat berani tanggung. Kebanyakan kes, penjawat awam yang makan rasuah dan akhirnya kerajaan dipersalahkan. Siapa penjawat awam ini.??
Aku ambil contoh, ada seorang tech yang kerja dengan Majlis daerah. Lebih kurang dia selalu dapat saguhati dari kontraktor... salah tak dia ambil saguhati tersebut..?
Memang la salah... sebab saguhati itu sama juga dengan rasuah. Lalu kerajaan BN dipersalahkan... itulah malang nasib kerajaan BN..... orang itu kerja di selangor... dan cerita rasuah umno sana sini. Tapi dia lupa.... sikapnya itu yang membuatkan kerajaan dicop kerajaan rasuah. Walhal dia penyokong kerajaan pakatan tapi makan rasuah. Macam sial daa.....
No comments:
Post a Comment