Sunday, May 10, 2009

Cakap buat

Aku masih tidak nampak lagi kebaikan yang nyata dalam Pakatan Pembangkang. Bagi aku sepatutnya Pakatan Pembangkang menunjukan kebaikan tapi ketika ini aku tengok pakatan lebih membuatkan politik negara menjadi tidak stabil.

Aku hanya mengambil 3 perkara pokok tapi agak remeh. Tapi dalam keremehan itu aku nampak pembangkang gagal memberikan yang terbaik untuk menyaingi reputasi BN.So.. aku rasa pakatan bukan pilihan alternatif yang baik untuk menggantikan BN memerintah. So... aku rasa tiada jaminan bagi Pakatan memerintah dengan baik.

Pertama ialah isu kebebasan yang diperkatakan. Aku ambil contoh kebebasan media. Kalau mereka sendiri memboikot utusan... adakah itu tandanya kebebasan..? Dalam tulisan akhbar mereka...... ada mereka menyatakan kebaikan BN..? aku rasa takde... yang ada biasanya hanya perkataan haram atau maki sebagai mukadimah. Andai ini dijadikan ukuran.... sama sahaja dengan BN... silap2 lagi teruk dari BN.

Cakap buat. Sekarang Selangor diperintah dengan kerajaaan pembangkang, tapi aku rasa tol di Selangor masih tidak berganjak dari dulu. Tiada lagi penutupan tol atau tol dikurangkan..? Dulu mereka pejuang rakyat dalam mengurangkan harga tol.... sekarang mereka berdiam diri untuk selamat. Sebab itu isu tol bukan lagi agenda mereka kerana mereka takut peluru makan tuan.

Kemelut Perak. Puncanya cuma satu. Gila kuasa. Kalau dah takde majoriti, kenapa masih untuk memerintah. Sudah tidak ada alasan lagi untuk mereka untuk mengekalkan kuasa. Kalau BN mungkin BN boleh mengemukakan usul kerajaan minoriti kerana umno ada 27 kerusi. Tapi kalau Pakatan... samada DAP atau PKR semuanya tidak ada majoriti parti.

Bukankah dulu 16 september mereka laung2kan.... mereka nak ambil alih putrajaya..? Ada BN kata nak bubarkan Parlimen ke..? Bukankah itu tandanya mereka mengguna pakai lompat parti..? dan acara lompat itu takde makan minum untuk YB melompat ke..? Ikhlas nak melompat..? alahai... dalam politik istilah ikhlas ni macam geli skit arr...

Setelah kalah berpolitik mereka bermain pula dengan persepsi rakyat. Mengajak rakyat untuk membuat onak. Menjadikan negara tidak stabil. Kalau kerajaan tak stabil... mampu ke kemajuan boleh dicapai dengan baik..?

Salah ke mengalah untuk memberi isyarat yang baik kepada rakyat..? Apapun, bukan mengalah tapi memang dah kalah... so.... buat la cara orang kalah.

Kenapa Nizar tidak meletak jawatan..? Sebab mereka akan tahu, orang pembangkang terutama PKR suka benda2 camni. Kemelut yang berpanjangan atau parti jalanan. Itu tradisi mereka kan...

Kesimpulanya, Pakatan bukan pilihan yang bijak untuk memerintah negara aku. Pakatan akan menjadikan bangsa aku, agama aku dan negara aku hancur. Pada penyokong Anwar.. aku tahu, hangpa semua tak leh berfikir dengan baik tapi aku tahu,... hangpa semua rasa hang la yang hebat dan dah ada kesedaran.

No comments:

Post a Comment