Macam juga yang jual rumah harga gila-gila. Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.
Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.
Isu rumah tak siap pun satu hal. Aku tak tahu apa dasar kerajaan dan apa kerja kementerian perumahan. Nampak macam tidak ada perubahan je. Masalah rakyat semakin lama semakin menimbun tapi kementerian... macam penuhkan syarat nak masuk kabinet.
Pelik tapi benar dan biasa terjadi. Rumah tak siap tapi pembeli terpaksa membayar pinjaman. Pelik tapi benar... Baru setahun beli, rumah dah terkopak atau baru setahun mendiami rumah macam nak runtuh.
Macam mana CF boleh lulus ni. Apa kriteria untuk dapatkan CF..? Macam ada tak kena je..... pasti ada elemen rasuah gak... patut SPRM tak perlu tunggu laporan baru nak menyiasat... ini masalah rakyat yang besar, bukan masalah kecik2 anak.
Kalau takde CF boleh ke jual rumah..? Mesti la boleh... sebab rumah tak buat lagi kita memang disuruh beli. Itu amalan di negara kita. Then.... bila rumah tak siap kita dah buat pinjaman, kita dah kena bayar pinjaman.....? memang kena bayar pinjaman sebab bank dah bagi duit kat pemaju.
Adil ke semua tu untuk pembeli rumah...? kalau pembinaan tergendala itu yang pembeli nak mati bayar pinjaman. Rumah sewa nak kena bayar lagi..... adehh.... bayangkan kalau rumah takde CF.... boleh kita duduk..? tak boleh.... adoii.... benda camni yang membuatkan kita semakin muak dengan kerajaan.
Sebab apa..... kerajaan tak kawal pemaju perumahan ni. Yang biasa dengar blacklist je.... ala... apa ni.... kalau takde undang2 melindungi pembeli, gubal la undang-undang dimana kalau rumah tak siap mengikut tempoh pemaju dikenakan tindakan untuk membayar balik pinjaman pembeli. Sebab itu adalah kesalahan pemaju bukan pembeli. Begitu juga kalau rumah tak dapat CF.... pemaju sepatutnya yang dipertanggungjawabkan dengan masalah tersebut.Aku rasa, kerajaan juga patut mewajibkan pemaju ada jaminan atau bon dalam bank jika hendak membuat sesebuah projek perumahan. Bon ini akan menjamin dari segi kewangan syarikat dalam membina rumah. So takde isu rumah tak siap sebab pemaju takde duit. Kalau takde duit tak payah la meniaga.
Kalau difikirkan memang bengang. Kenapa kita yang sering tertindas. Pemaju terlepas begitu sahaja. Blacklist tukar nama buat syarikat baru. Untung dah dapat apa ada hal. Patut ada undang-undang yang lebih ketat.... sesekali cuba kenakan denda yang tinggi dan hukaman penjara yang lama... kompem pemaju kecut perut.
/me kecewa sering kali tertindas.
No comments:
Post a Comment