Aku bukan tertarik tapi ia salah satu apa yang aku maksudkan tentang tangga gaji di Malaysia. Siapa aku..? sebab tu bila aku cakap semua macam tak faham dengar.... tapi kalau orang ada pangkat skit... dia cakap semua angguk2... adehhh....
Kenapa aku selalu menyatakan sedemikian... ini maksud aku... aku petik dari utusan tulisan DATO' SALLEH MAJID bekas Presiden BSKL dulu.
"Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus."
" Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga" samada kita sedari atau tidak inilah yang terjadi sekarang. Harga barang semua naik tapi gaji kita stay camtuh gak...?
Walau apapun, gaji tidak boleh dinaikan secara melulu. Sebagai contoh jika gaji dinaikan secara tiba-tiba, pasti harga barangan akan naik mendadak. Harga barang adalah berkadaran dengan gaji atau erti kata mudah gaji adalah sebahagian kos pengeluaran.
Sepatutnya kenaikan gaji setiap tahun perlu berkadaran dengan kenaikan kos hidup. Mungkin peratus minima ialah 8% setahun dan tidak termasuk pelarasan CA. Tapi kebanyakan syarikat memberi kenaikan gaji tahunan yang rendah kepada pekerja. Inilah yang menyebabkan jurang harga barang dan gaji menjadi tidak selaras.
Aku ambik contoh kompeni aku. Ia amat mendukacitakan kerana kenaikan tahunan dicampur plus minus dimana kenaikan ini umpama pemberian bonus. Cotntoh, andai kenaikan tahuanan 5% akan ditambah 3% yang tidak termasuk dengan basic gaji kita.Tambahan kenaikan ini umpama bayang yang menipu pekerja.
Perkara ini berlarutan untuk beberapa ketika dan akhirnya disedari gaji kompeni aku jauh ketinggalan dengan kerajaan. Setelah pelarasan dibuat, semuanya jadi kacau bilau. Sebab apa.? berapa yang pro rata yang harus diberikan kepada orang lama kalau budak baru masuk keje kenaikan hampir 35%..?
Bos orang ekonomi tapi akal menipu orang. Ini yang aku berbulu. Gaji orang bawah rendah sedangkan gaji dia naik jauh melambung. Adakah program cut cost itu semata-mata untuk membayar gaji dia yang tinggi..?
Mengapa setiap kali keuntungan syarikat rendah atau rugi orang bawahan yang dipersalahkan..? bukankah menjana keuntungan atau membuka peluang perniagaan itu tanggungjawab pihak pengurusan..? Kalau untung rugi ditentukan oleh orang bawahan... so... buang duit je la membayar gaji bos beratus ribu sebulan.
/me Yang naik berpuluh kali ganda di negara kita bukan gaji pekerja tapi harga rumah, harga hartanah naik gila-gila. Apa ni... macam mana rakyat harus meneruskan kelangsungan hidup..?
No comments:
Post a Comment