Saturday, June 20, 2009

Oh Bulan

hurmmm..... takde apa aku nak tulis. Kalau citer politik sama sahaja. Malah jalan citer itu aku dah duga. Umno akan dapat kelebihan berbanding Pas. Dipendekan cerita, Pas menghadapi krisis kepimpinan ketika ini.

Seperti orang melatah, perkara yang dibuat adalah diluar dari akal yang waras. So.... adakah tindakbalas Nik Aziz itu diluar akal beliau..?

Kalau diambil kira ilmu dan pengalaman politik..... Nik Aziz bukan calang-calang2 orang. Dia punya pakej yang lengkap untuk menerajui parti.... tapi bila melihat kemarahan yang dilontarkan oleh beliau.... ada sesuatu yang tidak kena. Aku faham, mungkin orang kananya yang mengapi2kan beliau..... tapi.... bukankah sabar separuh dari iman..?

Kalau sebelum ini Anwar seperti menolak kerajaan perpaduan, tapi hari ini PKR melalui Presidenya, seperti orang yang hendak cuci tangan. Beliau menyatakan sokongan. ..... arrggg.... seperti Nik Aziz terkena mainan politik Anwar.

Adakah kemarahan Nik Aziz itu sebenarnya ditujukan kepada Hadi Awang dan bukanya Nasahrudin..? Jika diteliti, idea itu disuarakan oleh Hadi dan semasa muktamar yang lepas.... beliau telah menjelaskan dengan semua perwakilan. Kalau camtulah.... sia-sia berbuih mulut Presiden menjelaskan tentang kerajaan perpaduan.

Dalam hal ini aku tidak nampak kesalahan Ustaz Nasa. Beliau selaku timbalan telah menonjolkan sikap sebagai orang yang no 2. Bagi aku ia berpunca dari pengurusan parti yang kurang baik. Sepatutnya, mereka membincangkan idea ini terlebih dahulu..... tapi..... ereka menggunakan media sebagai tempat untuk berbincang.... hurmmmm....

Apapun..... aku masih terfikir.... bersediakah kita menubuhkan negara tanpa ada pembangkang..? Bayangkan, kalau kita tidak ada cermin... adakah kita mampu berdandan dengan baik...?

Bagi aku, segalanya kerana Bung Nuar. dia patut dipersalahkan atas kelemahan orang melayu ketika ini. Kerana kepentingan diri, semuanya dirosakan. Atas nama demokrasi dan liberal sebagai pegangan..... melayu menang sorak, kampung tergadai.

/me alamak..... nampak gayanya, bulan kat bendera Pas kena tukar macam bulan PKR la...

No comments:

Post a Comment