Tuesday, June 9, 2009

Langsung tak faham

Yang mana betul ... kejap 4 subjek wajib bagi pelajar SPM, kejap dihadkan kepada 12... dan yang terbaru subjek Bahasa Inggeris menjadi subjek teras dan diwajibkan lulus. Memang hebat Muhyiddin ni..... belum selesai lagi laporan ppsmi.... dah bermacam2 idea dia nak buat.

hurmmmm.... kenapa tiba2 nak diwajibkan lulus..? naik pening kepala aku bila fikir dasar pendidikan negara ni.... macam nak buat rojak plak dah...... ikut sedap rasa tanpa perlu ada kajian yang mendalam.

Sedarkah Muhyiddin akan implikasi andai dasar itu dilaksanakan..?

Berapa kerat melayu yang terer dengan bahasa orang putih ni..? Bersediakah kita melihat gen2 melayu ini keciciran dalam memasuki ipta..?

Walau apa jua alasan.... melayu masih ketinggalan dalam menguasai BI. Banyak faktor terjadinya kegagalan itu. Usah disalahkan 100% pelajar atau guru. Bagi aku, belum tiba masanya lagi kita merubah sistem pendidikan.

Andai kerajaan melaksanakan dasar ini, memang patut rakyat menuding jari kepada Pak Menteri. Kerana apa...?

/me nak dapat hasil kena menanam.... dan menanam hari ini bukan esok boleh menuai....

No comments:

Post a Comment