Tuesday, June 9, 2009

SiS

Kenapa orang melayu gelabah tentang kerajaan Perpaduan..? Kenapa kita tidak mencuba membincangkan secara mendalam intipati konsep tersebut...? Menghakimi sebelum perbicaraan dijalankan..??

Kalau DAP atau parti bukan melayu gelabah atau tidak selesa mungkin ada logiknya, tapi kalau parti, blogger atau orang perseorangan yang dilahirkan melayu dan Islam membantah secara keras..... hummm.... aku rasa seperti ada yang tidak kena.

Tsunami politik banyak dikaitkan dengan umno dan aku rasa ia banyak memberikan rahmatnya disebalik apa yang terjadi. Umno mula berkerja dan melihat kembali matlamat tujuan asal ia ditubuhkan.

Seperti tsunami juga, maka terjadilah proses penyisihan diantara yang baik dan yang buruk. Orang yang selama ini menjadi duri dalam daging, perlahan2 keluar menjemalkan diri yang sebenar.

Lompat sana sini dengan alasan mencari kebenaran walhal semua orang tahu, wajahnya penuh dengan nanah tapi masih berani berpura2 memperjuangkan hak rakyat.

Terpacul la komunis yang selama ini bersembunyi di sebalik parti. Terlihatlah hati yang menyokong LTTE..... kedengaran la suara2 sumbang yang mengutuk mufi dan keluarlah segala kemunafikan yang berselindungi di sebalik apa yang dikatakan perjuangan.

Begitu juga dengan orang yang dikatakan pejuang, kalau selama ini mereka kata mereka semua bagus.... seperti tidak ada cacat celanya, namun setelah volume kerajaan perpaduan di tahap maksimum, blogger2 pakatan menyatakan jujur apa yang tertanam dalam hati. Segalanya tidak ada keihklasan dalam perjuangan.

Lihat sahaja sekarang ini apa yang mereka kata.... hanya kerana orang2 suruhanya kalah dalam pemilihan...... segala keburukan yang selama ini mereka telan diluahkan kembali. Kalau penyokong umno yang kata.... penyokong mereka akan menjuihkan bibir..... mengatakan karat umno.... now..... sekarang...... aku nak tanya.... apa sebenarnya yang mereka cari...? bukankah perpaduan sesama umat asas kita untuk berpolitik..?

Aku tidak suka perpecahan tapi keindahan disebalik perbalahan di pihak pembangkang ialah mereka telah menjelmakan diri..... so.... apa nak dikata..... baca kata mereka.... fikirlah sendiri.

/me aku setuju kalau SIS diharamkan.

No comments:

Post a Comment