Tuesday, June 9, 2009

Kerajaan Perpaduan

Apa maksud Kerajaan Perpaduan..?

Entah…. Maksud dan perincian maksud tu ada pada pemimpin tertinggi samada Pas ataupun Umno. Najib sekadar memetik….. “ tunggu penjelasan lanjut dari Datuk Hadi”.

Kenapa Najib berkata demikian, mungkin juga kerana muzakarah terdahulu tidak melibatkan beliau…. Hanya beberapa pemimpin yang diutuskan oleh Pak Lah dan Ustaz Nasa yang terlibat secara langsung dengan muzakarah tersebut.

Bagi aku, kerajaan perpaduan tidak perlulah Pas masuk umno atau sebaliknya, tapi sekadar mencari titik persamaan untuk membangunkan orang melayu atau Islam. Kedua-dua parti perlu berkorban dan membuang ego masing-masing jika ingin merealisasikan perbincangan tersebut.

Aku sedar, jika Pas meneruskan agenda negara perpaduan, ia umpama bermain api dengan pakatan rakyat. Tersilap percaturan, Pas boleh terkeluar dalam senarai ahli gabungan Pakatan Rakyat. Kalau selama ini, parti dalam Pakatan sering mencuragai antara sama lain…. Maka tidak hairanlah kalau Pas akan ditolak oleh dalam rangkaian parti Pakatan.

Apa halatuju Pas selepas ini..? Adakah Pas kembali bersendirian..?

Dalam konteks ini, umno akan mendapat keuntungan, kerana ia akan mendapat sokongan dengan lebih kuat berbanding dengan Pas. Berkemungkinan akan wujud masalah dalaman pada Pas dimana golongan erdogan akan menyalahkan golongan ulama.

Secara total pula, melayu sebenarnya yang mendapat keuntungan. Kestabilan politik akan lebih dirasai jika dibandingkan dengan keadaan sekarang. Orang bukan melayu tidak akan menuntut hak melayu seperti sekarang kerana Pas menjadi penimbal kepada kestabilan politik itu sendiri.

Cita-cita Anwar tercapai..?

Andai ia terjadi, cita-cita hanya sekadar mimpi pada Anwar. Memang benar ketika ini Anwar ketua pembangkang tapi dari segi hakikinya, kaki Anwar kuat hanya kerana adanya Pas. Pas sebenarnya parti dominin dalam pakatan, tapi kerana majoriti kerusi memihak pada Anwar, Pas umpama parti serpihan dalam pembangkang.

Dalam keadaan ini, adakah benar Pas rugi dalam muzakarah akan datang..? parti dominin diperkudakan untuk kepentingan peribadi. Andai Anifah Aman menyatakan dia ditawarkan jawatan TPM…. Dimana posisi Hadi Awang pula..? sekadar menteri alam sekitar..?

Satu persoalan yang perlu dijawab dengan jujur. Adakah benar Pas disokong penuh oleh kaum bukan melayu kerana ideologi parti..?

/me Umno terpesong dari matlamat.... adakah Pas juga tersesat mencari arah..?

No comments:

Post a Comment