Thursday, June 4, 2009

Cikgu Ain

Semalam..... kebetulan aku chating...... Aku dah lama dah tinggalkan bidang kepakaran aku tuh. Kebetulan..... aku tersembang dengan cikgu Ain. Dia kata la nama dia Ain.... tak tahu la betul ke tidak. Chat bukan boleh percaya sangat kan......

Sembang punya sembang aku jerat cerita kat dia. Ye la..... dia cikgu... mestila dia terer bidang dia. Aku mengalah la.... siapa aku jika dibandingkan dengan dia.... tapi dalam mengalah tu... member aku dah senyum2.... kena kang cikgu ni dengan nko...... huh...~~!

Aku buka cerita pasal PPSMI...... hurmmm..... panjang dia taip.... ayat aku sebaris dia balas 10 baris...... dia berhujah dengan ilmu apa yang dia ada.... huh.... aku baca je la.... aku tak penat tapi nampak macam rancak berchating...

Akhirnya aku suruh simpulkan..... apakah penyelesaiannya..? Dia kata kembalikan kepada bahasa melayu. Aku setuju..... tapi aku tanya..... selesaikah masalah kita untuk alaf akan datang...? dia diam..dan terkedu.

Cerita punya cerita..... aku cakap..... camne kalau dengan sekolah satu aliran..? dia setuju. Then aku tanya.... kenapa kerajaan tak buat sekolah kat Malaysia camtuh..... dia kata dia faham masalah kerajaan untuk menghapuskan huruf (C) dan ( T) tuh...... So bila aku cakap.... kalau dah tahu.... cakap memang senang..... tapi kalau kita di pihak kerajaan camne..?

Akhirnya aku cakap pendirian aku. Aku pun tak setuju sains dan math diajar dalam BI tapi perkara tu perlu dihalusi dan bukan terus campak ke tepi. Apa yang cikgu Ain cakap memang betul tapi jika dibincangkan dari skop yang lebih besar.... memang ada kewajaran ia dilaksanakan.

Tapi yang aku terkilan ialah dimana satu kisah seorang guru... Pengarah datang ke sekolah semata-mata untuk menukarkan serta merta dan memaki hamun seorang guru. Guru itu hanya sekadar menyuarakan pendapat.... hurmmm.... ia dihukum sedemikian.

Aku rasa.... sepatutnya perkara itu dilaporkan kepada SPRM kerana pengarah tersebut menyalahgunakan kuasa. Ia patut dikenakan tindakan tatatertib. Langsung tidak melambangkan etika kepimpinan yang baik terhadap warga pendidik.

Kalau blog aku glamer... sure aku akan bawa perkara ini ke atas. Aku memang tidak suka penyalahgunaankuasa seperti sekolah member aku. Sekolah seni di selatan tanahair. Penuh dengan cerita mengampu dan mengugut.... hurmmm..... sepatutnya.. dalam bidang pendidikan... menyemai sikap berilmu itu penting.... tapi..... malang sekali... pengetuanya seperti orang yang tidak berilmu.

Kepada cikgu Ain... aku dapat rasakan kejujuran dalam mendidik. Iklhas berjuang untuk anak Malaysia..... aku juga faham masalah guru..... walau aku bukan seorang guru..... tapi kepala otak aku ni terlalu flexsibel......

Kepada cikgu Nisa.... hurmmm..... tabah menghadapi dugaan mendidik orang upaya..... mungkin aku leh gambarkan..... dirimu sebagai pelangi petang. Merubah sekeliling dengan kehadiran mu...
Moga di Sabah nanti...... cikgu dapat apa yang dicari...

/me sekrang musim cikgu dalam dunia siber.... hurmmmm.... apa lagi... ambik umpan trylah memancing..


No comments:

Post a Comment