
Tak habis2 nak buat demonstrasi. Kritikal sangatkah sampai kita harus sepanjang masa harus berdemonstrasi..? Patutnya dalam keadaan sekarang kita patut memperbanyakan wacana ilmu.... menggembleng idea untuk memakmurkan ekonomi... tapi pakatan apa yang dicari..? mahukan kekacauan untuk kepentingan politik?
Bila berkumpul ramai2... adegan provokasi terjadi.... maka terjadilah aksi tembak menembak pemedih mata.... adehh..~~! sakitnya mata aku.... ( padan muka ko ). Bila ini terjadi, mulalah kerajaan BN dipersalahkan. Tidak demokrasi..~!
Tang cam gini sibuk melaungkan demokrasi... aduhai.... camne la aku nak cakap. Korang ni suka hidup camne ek..? duduk dlm hutan yang takde pembangunan...? duduk dalam negara yang kacau bilau..? nak jadi macam Thailand atau Honduras..? Suka tengok sedara mara bersengketa akibat perbezaan politik..? Itukah yang Pakatan mahukan..?
Fikirlah.... aku tak larang demonstrasi... tapi biarlah ia jalan terakhir. Aku rasa, banyak negara ada undang2 macam ISA ini. Sekarang ni, yang dok dalam, mungkin ramai orang melayu berbanding india atau cina.... cuba fikir... kenapa orang hindraf boleh lepas tapi melayu tak dilepaskan..?
Sebab pemimpin politik melayu ini bodoh... mereka memperjuangkan hindraf dari kaum sendiri. Melaungkan agama.... tapi melayu yang beragama Islam itu tidak diperjuangkan. Kerana mahukan sokongan hindu... terpaksalah melayu itu dikorbankan.
arrgg.. lantak koranglah...... semua ada pendirian masing2. Aku rasa... kita semua berhak memilih jalan sendiri.... nak jadi baik atau jahat. Nak masuk dalam senarai ISA atau bebas merdeka. Andai kita memilih untuk berkorban...... silakan la..... aku tak halang....
/me rela berkorban wang ringgit untuk bersedekah.....
No comments:
Post a Comment