Saturday, August 1, 2009

kerajaan zalim

Adakah budak ini benar2 mengerti apa itu ISA..?
Mungkin kita tidak sedar.... kekadang apa yang kita buat adalah satu didikan untuk anak2 kita. Sepatutnya ibubapa lebih bertanggungjawab mendidik anak2... tapi kalau masih kecil lagi kita telah mendidik anak2 untuk merusuh..... tidak mustahil satu hari nanti, budak ini akan memberontak kepada ibubapa mereka sendiri.
Dengan wajah2 seperti orang menerima kematian, aku menjadi musykil...... apa yang mereka ratapi..? hidup tersepit tak makan dek undang2 ISA ke...?
Kalau kata pembangkang..... undang2 ISA memisahkan anak2, kehilangan keluarga, dihina dan tiada pembelaan..... huh.... mungkin juga betul kata mereka tuh...... tapi.... aku hati aku bertanya pada akal aku pula........ kalau ISA dihapuskan..... kita kena hapuskan semua undang2 gak.....
Kesian aku tengok..... mencuri 10 ringgit meringkuk dalam penjara, kesian aku tengok.... hisap dadah ditangkap masuk pemulihan berbulan2 atau bertahun2..... kecian aku tengok.... kerana kesempitan mereka menjadi perompak...... ditangkap dan disebat. Dan yang menyedihkan.... aku kecian pada mereka yang mengedar dadah.... dihukum gantung. Bukankah undang2 ini memisahkan kepada keluarga mereka..?
Kerajaan ini memang kejam..... sungguh kejam..... memisahkan anak kepada seorang ibu, memisahkan bapa kepada seorang anak...... memisahkan abg kepada seorang adik..... kerajaan memang zalim.....~!!!
Sepatutnya, kerajaan tak boleh hukum mereka ini..... biar Tuhan yang menghukum kesalahan mereka...... siapa kita untuk memberikan hukuman..????? bukankah begitu....????
/me inikah yang diterapkan kepada generasi akan datang..?

No comments:

Post a Comment