Mentang2 la aku pro kerajaan..... skit2 yang baik je kerajaan, tang pembangkang semuanya tak bagus..... huh...
Dah pembangkang camtuh.... takan aku nak puji pembangkang..... hermmm... apa raa.....Tapi, dalam banyak2 tak bagus..... siapa kata pembangkang takde yang baik...... lihat sahaja di Kedah, aku tengok ok je Azizan mentadbir..... siap DAP cabut lari lagi..... kira ok la tuh kan.
Sebut Kedah, aku teringat satu perkara yang bagus dan sependapat dengan aku. Kebanyakan kita orang Islam membuat potongan cukai pendapatan, tapi di Kedah, kerajaan negeri mewajibkan atau menggalakan rakyat membuat potongan zakat..... huh, baguihnya.
Kita orang Islam.... kenapa harus membayar terus kepada LHDN...? Bukankah bagus kita membantu orang seagama kita secara tidak langsung..? Bukankah ibaratnya secara tidak langsung kita mendapat saham akhirat..?
Dulu aku tanya member aku.... nko bayar zakat pendapatan ni, boleh bawak ke LHDN..? boleh.... nape tak boleh..? daripada kita bagi kat cina atau hindu.... baik kita bagi kat orang kita...
hermmm... bila aku dengar penjelasan dia..... aku tertanya... kenapa pusat zakat tidak menerobos secara proaktif untuk menerangkan kepada rakyat membayar zakat..? kenapa pusat zakat tidak membuka kaunter2 di premis2 kerajaan atau tempat2 seperti tempat aku yang kebanyakannya wajib membayar zakat..?
Kenapa kerajaan tidak melaksanakan perkara ini..?? hermmm..... aku tahu jawapanya..... tapi aku tak boleh terima penjelasan itu kerana zakat adalah tuntutan agama. Mungkin dari kutipan zakat itu, tiada lagi melayu dalam kelompok kemiskinan.
/me katagori layak bayar zakat fitrah.
No comments:
Post a Comment