Saturday, October 10, 2009

wujudkan kelab penyokong kerajaan

Makkal Shakti berikrar menyokong kerajaan. Kenyataan ini adalah terlalu biasa, tapi kali ini aku nak memanjang benda yang remeh. Aku tidak pasti dari mana asal usulnya. Samada hindraf atau orang buangan PKR aku malas nak selidiki. Tapi yang pasti, kalau benar dia menyokong kerajaan, maka sudah sampai masanya UMno dan Barisan Nasional merombak sedikit dasar yang sedia ada.

Pilihanraya Bagan Pinang amat penting bagi semua pihak. Samada UMno BN, Pas atau PKR malah Mic dan Mca juga dalam keadaan genting. Apa yang aku maksudkan, sokongan Mic dalam prk kali ini adalah jadi penentu siapakah bakal memiliki kerusi Parlimen Teluk Kemang pada PRU akan datang.

Kerusi Mic ini sudah lama dipohon untuk diberikan kepada umno. Namun pucuk pimpinan parti tidak mengendahkan hasrat pengundi di parlimen itu. Oleh itu, secara tidak sengaja... kata2 untuk menolak Sothinatan pada Pru2008 menjadi kenyataan. Jentera umno secara automatik menjadi lembik dan kebanyakan orang melayu (malah org kuat umno sendiri ) seperti sebulat suara telah mengundi PKr. Kalau tidak masakan undi majoriti 23,000 boleh bertukar tangan..?

Disinilah kita melihat kepentingan Prk Bagan Pinang. Andai semua peti undi kaum India kalah, maka signal pertukaran kerusi dari parti MIC kepada Umno bakal terjadi. Kalau umno masih berdegil, maka BN khususnya umno akan kehilangan satu kerusi secara tidak langsung.

Teluk Kemang tidak menyatakan Sothinatan tidak ok. Aku sendiri tidak meminta tapi dipanggil oleh beliau untuk menerima sumbangan agar aktiviti kampong dapat dijalankan. Cawangan aku juga sering mendapat bantuan, projek perkembangan kampong sering diberikan perhatian, malah pada satu ketika, bukan banjir... tapi sekadar masalah peparitan beliau sendiri pernah naik motor meninjau kawasan. Sebab itu, kampong aku adalah calon terakhir atau wakil kampong dari Negeri Sembilan untuk pertandingan Kampung tercantik. Apapun kampong aku sudah memenangi puluhan ribu dalam pelbagai pertandingan.

Tapi itu semua tidak mencukupi. Politik Teluk Kemang yang dinanungi Tan Sri Isa tidak banyak bergolak. Oleh itu, umno Telok Kemang memang kuat. Tidak sesiapa mampu mencabar Isa. Senang cerita Isa kerana pandai buat kerja. Oleh yang demikian, hampir semua Umno cawangan membuat minit mesyuarat agar kerusi ini diberikan kepada Umno. Isu ini bukan isu baru.... tapi isu lama yang masih diperjuangan.

Berbalik kepada kepentingan Prk Bagan Pinang, kalau umno tewas.... maka umno bukan tewas sahaja di Bagan Pinang. Kekalahan Bagan Pinang adalah kekalahan Umno secara total. Begitu juga kekalahn Pas di Bagan Pinang. Kekalahan ini sebenarnya adalah kayu pengukur kekuatan Pembangkang. Kalau tewas... maka pembangkang sebenarnya tidak la sekuat mana. Cuma kelemahan parti gabungan Barisan Nasional menjadi faktor kemenangan Pembangkang.

Apa yang menariknya, Bagan Pinang adalah dibawah Dun Parlimen Teluk Kemang. Hanya 2 Dun daripada 5 Dun dimenangi pembangkang. Kita boleh katakan, andai Isan menang, maka kemenangan Isa di Bagan Pinang adalah berdasarkan sentimen perkauman secara umumnya. Dun Lukut dimenangi oleh Cina Dap, Chuah oleh Pkr Cina manakala PD oleh PKr India. Bagan dan Linggi oleh dimenangi oleh Umno melayu. Jadi bukankah pola ini menunjukkan sentiment perkauman amat penting dalam landskap politik Malaysia.?

Perkara mengapa pembangkang menang di 3 kerusi adalah perkara lain. Aku katagorikan ia sebagai isu yang dimainkan oleh peringkat nasional. Kerana apa...? Kerana dasar sama rata itu ( Hapuskan DEB) sendiri yang banyak menarik sokongan bukan melayu untuk menyokong pembangkang. Oleh itu, BN terpaksa mengorak langkah baru dalam menangi masalah ini. Parti gabungan yang sedia ada ketika ini sudah tidak mampu untuk memberi daya saing kepada pengundi.

Sewajarnya sekarang ini, Barisan Nasional membentuk kelab penyokong kerajaan. Dan kalau perlu, kiranya satu kerusi Parlimen ataupun tiga kerusi Dun diberikan kepada gabungan kelab ini. Sebagai contoh, IPf sudah lama menyokong kerajaan tapi BN masih tidak mampu untuk memberikan balasan. Bagitu juga dengan Kimma, Orang India Islam yang tersepit oleh kepentingan parti.

Kerana apa..? Kerana ketika ini MIC tidak memberikan yang terbaik hanya kerana Samy Vellu. Begitu juga MCA yang bergolak. Mungkin dengan adanya kelab ini, maka mereka yang tersepit dan sayangkan kerajaan ada pilihan alternative untuk menyuarakan pendapat malah akan memajukan negara.

Sebenarnya, kelab penyokong amat baik untuk parti dalam Barisan Nasional. Ia akan menjadikan parti kompenen akan meningkatkan prestasi dengan terdapatnya saingan. Aku ambil contoh, andai semakin lama India meninggalkan MIC, maka kelab penyokong ini mungkin akan akan menggantikan tempat Mic.

Mengapa BN harus mengekalkan parti kompenen utama andai parti itu tidak mempunyai sokongan yang kuat. Andai Najib boleh berkata, Presiden Umno bukan presiden yang boleh kekal selamanya, mengapa tidak parti kompenen yang lain..?

/me umno perlu tegas kepada parti gabungannya.

No comments:

Post a Comment