Friday, May 28, 2010

subsidi subsidi

Uhh.... nak cakap apa hah..~! kepala tepu. Baru lepas bengang ditambah lagi kebengangan. Malaysia antara negara yang paling bersubsidi di dunia.

Macam ni la.... kot betul nak mansuhkan subsidi, first step.... kita buang semua elaun menteri atau pengarah2. Elaun tu aku kira seperti subsidi juga. Lepas itu, aku harap apabila menteri atau bapak menteri ( PM ) membuat lawatan, jamuan makan pun jangan la kat hotel2. Kalau boleh jamun serba ringkas. Apa yang orang biasa makan... itu perlu dihidangkan. AP kenderaan untuk MP dan yang bertaraf menteri juga perlu dihapuskan. Dah senang nak lagi senang. Dah kaya nak beli kereta import pun nak subsidi. Apakah jadahnya.

Kalau subsidi minyak hendak dihapuskan... bermakna tidak salah tindakan Pak Lah menaikan harga minyak. Dulu minyak naik... harga barang naik. Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Sekarang minyak nak naik lagi.? Bukankah kerja bodoh.... siapa yang rasa susah..? menteri ada susah ka..?

Ke kita nak dengar lagi suara bodoh “ sekarang bila bayar tol sendiri terasa harga tol itu mahal ”. Masa jadi menteri tak kata pun camtu.

Untuk menjadi negara berpendapatan tinggi semua subsidi kena buang. Uhh... kot camtuh, untuk apa jadi negara maju kalau kita nak makan pun susah. Aku ingat berpendapatan tinggi, ada duit poket skit... rupanya lagi kering dari sekarang.

Siapa yang faham erti berpendapatan tinggi..? apa itu 1MALAYSIA..? ada sesiapa nak jawab..?

Nak jadi negara maju, tapi basic insfrastuktur kita masih lemah. Modal insan kita entah kemana. Baru2 ini, “ kerajaan ingin mengkaji semua dasar untuk lebih kondusif kepada pakar2”. Hahahha... no komen. Bukan level aku nak ulas benda tu.

Satu persoalan di kepala, kenapa langkah pertama untuk mencapai negara maju, subsidi yang menjadi sasaran.? “ maju “ itu biasanya bermaksud teknologi.... tapi maju negara kita ialah kemajuan negara dalam menghapuskan subsidi. Syabasss....~~!

Mungkin.... aku kata mungkin sebab aku bukan berilmu. Mungkin target kerajaan ialah dengan menaikan ringgit berbanding dollar akan menjadikan negara berdaya saing. Itu yang aku fikirkan. Iyea... bagus target tu. Tapi adakah kerajaan sudah mengkaji semua perkara..?

Kalau kita perati.... gaji sektor mana yang selalu diambil perhatian..? kenapa hanya satu sektor sahaja.? adakah hanya kerana upah dan gaji sektor awam yang menjadi teras kuasa membeli.? apa akan jadi dengan sektor swasta..?

Bayangkan.... semua subsidi ditarik tapi gaji kita seperti biasa..? anda terfikir.?

Sebenarnya, banyak perkara yang perlu dihalusi. Sebagai contoh. Dulu masa aku isi borang, jurujual Maxis cakap 3 bulan RM48 dan selepas itu bulanan RM78 sebab aku kerja kerajaan. Tapi bila dah habis edah 3 bulan... dalam bil RM108. Hahhaha... cam cilako. RM108 untuk 3G sebulan. Hahahha... bapaknya mahal. Nak wat camne... dah terkena.

Apa relatednya cerita aku.? Mudah sahaja... negara maju bayar internet murah then speed laju. Speed intenet kita..? biar soalan itu dijawab oleh saudagar Australia.

Entahlah.... Malaysia ditadbir oleh CEO Malaysia yang mementingkan cut cost. Kenapa CEO Malaysia ini tidak berfikiran seperti Dr. Mahathir..? buat putrajaya buat KLCC buat itu buat ini tapi takde istilah cut cost.?

Apa jua alasan.... aku tak leh terima alasan kerajaan selagi perkara2 asas kepentingan rakyat terabai.

/me kalau tak mampu untuk tadbir... letak jawatan.

No comments:

Post a Comment