Thursday, June 3, 2010

gantung..

Geleng kepala bila aku terbaca WADA melucutkan status doping antarabangsa di USM. Kerana kegagalan menjalankan dokumentasi..? macam mana ia boleh berlaku di institusi universiti yang berstatuskan APEX..?

Then... bila melihat keputusan ITEX2010, nama usm tidak la gah. Aku sedikit kecewa dengan prestasi usm. Dengan budget yang begitu banyak, tetapi prestasinya tidak begitu menyakinkan.

Andai jemaah pengurusan universiti memberi alasan, ia tidak memberi ukuran sebenar kerana pembangunan pendidikan tidak boleh diukur sebegitu cepat, aku faham kenapa mereka memberi alasan sedemikian kerana sekarang ini kampusnya didiami oleh pelajar cemerlang seluruh negara.

Semalam juga kerajaan mengumpulkan pakar-pakar dalam negara di dalam satu payung. Kerajaan akan mengguna pakai idea mereka untuk menjayakan negara “ berpendapatan tinggi ”.

Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan tinggi.? Untuk siapa..? rakyat seperti aku.? Yea kah.?

Kemungkinan jawapan aku tidak. Mungkin aku golongan yang tersepit dengan projek tersebut. Banyak sebab aku mengatakan sedemikian. Opss... aku dah lari tajuk. Cerita aku cerita USM.

Untuk menjadi status negara maju, kita sepatutnya sudah mengorak langkah dengan melaksanakan pendidikan yang berorentasikaan ‘creator’. Kita perlu menjadi negara pengeluar dan bukan negara pengguna atau pengimport.

Untuk ke arah itu, pendidikan sebenarnya yang memainkan peranan dalam membentuk masyarakat seperti ZUL Rawang. Bagi aku dia bapa kepada pereka. Berapa banyak ciptaan beliau.? Aku ulang... CIPTAAN.

Kebanyakan jurutera kita tidak berstatus pereka. Mereka boleh berkerja dan berilmu dari segi teori. Untuk mencipta.... amat payah sekali. Kerana apa.? Didikan dari sekolah sehinggalah ke peringkat U mereka hanya didedahkan kepada ilmu peperiksaan di atas kertas.

Berbalik kepada USM. Hampir 2 tahun projek Apex dilaksanakan. Berapa banyak ciptaan emas yang telah dipaternkan..? adakah USM tidak berminat dengan projek R&D.? Bukankah untuk menjadi status university dunia, R&D adalah elemen penting.?

Susah sangatkah USM memainkan peranan..? cerita banyak menyalahkan orang tapi kita tidak tahu masalah mereka. Kalau kerajaan tak bagi geran APEX camne.? tapi kalau tak bagi, ada pasukan bola sepak liga perdana.?

Entahlah.... yang penting, aku kira VC usm gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua. Kerajaan sepatutnya mengkaji status dan prestasi USM sejak awal lagi. Usah bila dah gagal baru nak melatah. Kita tidak mampu mengundurkan masa.

/me bukan senang dapat ilham.

No comments:

Post a Comment