Friday, July 16, 2010

pergi jahanam la

Ada aku kisah kalau aku undi pembangkang harga minyak akan turun.? Ada aku peduli kalau aku undi pembangkang negara akan hancur..?

Nape.? Nak cakap aku tak sayangkan negara..? mintak maaf bang... sebelum bagi ceramah kat aku tolong ko bukakan hati ko luas2. Ada kat dunia ni orang fikir masalah orang.? Ada orang ambik berat masalah kita..? Dari atas sampai la ke bawah.... semua pentingkan tembolok sendiri.

Kalau setakat menguruskan kompeni atau negara guna kaedah cut cost.. anak aku pun boleh buat. Kalau aku cakap masa zaman Mahathir negara boleh dalam keadaan yang selesa... kenapa Pak Lah atau Najib tak boleh.?

Alasan harga minyak tak macam dulu..? memang la. Sape suruh tak buat perancangan jangka panjang. Sibuk cerita negara pendapatan tinggi tapi sebenarnya nak buat mempapakan rakyat.

Aku ambik contoh, adakah dengan menawarkan pelajar asing dengan memberi kerayatan kepada mereka itu satu cara yang bagus..? memang diakui banyak negara macam Canada membuat kaedah seperti itu. Itu Canada bukan Malaysia.

Apa ingat orang Malaysia ini bodoh2 ke.? Korang tak rasa ke kerajaan buat macam itu sebab rakyatnya bodoh.? Kalau ko setuju bermakna korang memang mengaku ko bodoh...~!!!.

Kenapa India boleh memacu teknologi IT..? kenapa tak cakap halt u.? Kenapa tak ambik kaedah macam tu. Sebab Malaysia ini diperintah dengan melaksanakan program jangka pendek dan bukan jangka panjang. Sepatutnya dari awal lagi negara sudah mengjangka FDI akan tepu bila negara sudah mencapai tahap akhir negara membangun.

Tak faham kan... contoh macam inilah. Ambik contoh Proton. Sepatutnya sekarang kualiti proton sudah meningkat jauh, tapi kualiti proton tetap sama. Kenapa aku kata sama. Ikut peredaran zaman la. Kalau teknologi proton sudah maju kereta orang lain pun sudah maju. Jadi standard kereta proton macam tu je la. Tak naik mana pun.

Korea ada Samsung, ada Hyundai tapi Malaysia ada apa.? Kalau alasan mereka sudah maju... itu dalih dan bukan jawapan yang tepat. Kalau situasi sekarang ini, ada 10 tahun akan datang negara ada produk yang nak dibanggakan..? ada ke..? meh habaq kat aku.

Ini semua sebab pendidikan kita tidak dirancang dengan bagus. Kalau nak digubal pun semua nak ikut cakap menteri dan bukan ikut cakap pakar pendidikan. Menteri kata ubah kita ubah. Kajian tolak tepi. Alih2... semuanya macam bangang. Agak2 la... yang nak ubah umur anak ke sekolah, nak tutup upsr... adakah itu penyelesaian yang bagus.? Ada kajian.? Ada ke.????

System pendidikan kita sebenarnya yang silap. Dari KEMAS sampai la ke U. Semuanya sama. Kita tolak tepi akan unsure mencipta. Kita lebih suka menciplak daripada kita membuat sesuatu yang baru. Kita lebih suka ambik fracaiskan produk orang daripada kita membuat francaiskan produk kita sendiri..

Siapa belajar U.? Aku bukan graduan. Aku hanya SPM je. Tapi bila aku tengok final year project budak U... alahai... up skit je dari projek budak poly.... uh..... malas nak kabar.

Aduh.. aku nak lepaskan perasan harga barang naik. Tapi dah melalut. Ermmm.. terus terang aku cakap.... kalau Najib tidak ubah dia punya pentadbiran... ko kena paham tu... pentadbiran dan bukan pemerintahan. Beza tu.....

Kalau dia tak ubah..... baik kita sama2 jahanamkan. Ko bayangkan... kalau dia antar orang untuk mengurus tapi merosakan tempat. Ada aku nak sokong..? sory beb... gua bukan tukang angguk.

/me kalau tak mampu letak je jawatan

No comments:

Post a Comment