Tuesday, October 5, 2010

ingatkan terer sangat

Pandai cakap tapi bila di suruh buat bangang. Itulah ayat sesuai untuk pembangkang. Dulu berdegar-degar bila berucap. Apa yang kerajaan buat semuanya salah. Dia semua yang betul. Ayat yang best di dengar “ hari ini kita perintah, esok kilang arak tutup. ”

Perlu aku ulas janji HASSAN ALI pada pemilihanraya yang lalu.?

Selangor bagi buku teks agama percuma. Topik memang gempak. Sebelum aku klik aku dah agak dah dari mana peruntukan itu. MAsakan kerajaan negeri. Berani Khalid nak lawan DAP..? ayat macam best... Selangor bagi ek... macam la kerajaan negeri. Tapi apapun, aku masih menerima perkara baik itu. Sebab lebih baik bagi buku daripada bagi duit untuk orang kawin.

Hebat sangatkah pembangkang.? Kalau dulu dia kata umno ini tak pandai memerintah, tapi sebenarnya mereka lagi bodoh. Mereka kata Umno menyusahkan rakyat dengan penswastaan, tapi sekarang semuanya diperintah ala UMNO.

“ mulai bulan hadapan, segala penyelenggaraan adalah dibawah syarikat zzz enterprise. Pihak PKNS telah melantik syarikat tersebut dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan. ”

Hahaha... ini bukan corak umno ke..? naikan harga air atau apa sahaja bukan corak umno ke.? Kenapa nak salahkan umno. Siapa yang perintah negeri.? Selangor boleh kenapa Penang dan Kedah tak boleh..? Kalau betul dikatakan negara berkebajikan... serap je la kenaikan kos. Dulu nak bagi air percuma. uhh.....

Tak mampu nak serap..? hahhaha... kot alasan itu juga diterima oleh kerajaan perseketuan macam mane?

MAcam inilah.... macam mana pembangkang hanya tau cakap. Meniru tapi malu nak mengaku. Mengata orang tapi mereka pun buat. Memfitnah tapi sebenarnya kerja tangan sendiri. Bukankah itu kemahiran Tian Chua.?

Baca blog pembangkang yang cari makan. Aku ulas skit... dulu mereka kata mereka yang bijak. Tapi aku nak buktikan mereka itu bodoh sebenarnya.

Beliau mengulas serangan bertubi-tubi dari Umno dan umat Islam berikutan pertambahan yang ketara pusat-pusat hiburan dan kesihatan yang disalahgunakan dengan menjadikannya pusat perjudian dan pelacuran serta kegiatan tidak sihat yang lain.

Dulu, cakap nak buat negeri Islam. Aku ingat ramailah tahfiz-tahfiz.... rupa-rupanya maksiat yang tumbuh. Dulu mengata umno, maksiat, judi dan segala macam salah kan umno tidak pandai mengawal.? Sekarang.. lebih teruk dari umno.

"Kita mahu lihat juga sebenarnya apa yang boleh dibuat oleh kerajaan BN dalam menghadapi gejala ini dan kita akan ikut. Misalnya apa yang kerajaan Negeri Sembilan dan Perak boleh buat di tempat masing-masing.

Laa.... kata mereka lebih bagus dari BN. Lebih agama dari BN. Tapi nape nak tengok BN memerintah.? Pastu boleh kondem plak tu. Macam mana la aku tak tergelak. Meniru pun bodoh. Tengok Negeri dan Perak steady tapi Selangor pusat menjadi2. uh.....

Wahai pembangkang. DUlu degar-degar sembang itu la ini la. Bila aku sembang dengan member sebab permintaan ada, member jawab " agama kurang. Biar pembangkang ikut cara Islam. "

Tak pelik kah atau aku boleh katakan ia hakikat pada satu kenyataan bahawa pembangkang ini temberang untuk menubuhkan kerajaan Islam.? Asyik2 disebutnya Kelantan Islam. Nak buat negara hanya di Kelantan ke..? Selangor tak nak join..? hahhaa.....

Sebut kelantan yang serba kekurangan... orang umah aku cakap. " bukan mereka memang nak camtu ke.? "

Bila aku cakap.. iyeke... kalau macam tu..... kenapa nak kena merantau..? duduk la sana je apa yang ada..? ermmm... cakap tak serupa bikin.

Ermm.... dulu kata ada resepi segala-galanya. Rupanya baru suruh universiti membuat kajian. h

Degar-degar hujah..... menteri elok mintak pandangan ulama. ummara kena bersama dengan ulama. Lani mana dia pandangan tu.? tak tubuh la ke jawatankuasa penasihat dari ulama..? kata nak buat negara Islam.. kalau ini pun tak tubuh lagi... apa mende pembangkang ni.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

Mana nya cara Islam tu... kenapa tidak dilaksanakan..?

/me tak suka omong kosong.

No comments:

Post a Comment