Wednesday, October 20, 2010

menara 100 tingkat

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan gagal melaksanakan tuntutan gaji minimum di kalangan pekerja kerana amalan boros mereka.

Ahli Parlimen Marang itu sewaktu membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan lebih mementingkan projek mewah yang hanya memberikan keuntungan kepada segelintir golongan daripada kebajikan rakyat bawahan.
Pas

Aku kurang faham kenyataan Hadi Awang. Apa kaitan boros dengan gaji minimum.? Setahu aku gaji minimum untuk swasta dan apa kaitan dengan perbelanjaan kerajaan.? Mungkin dia terlebih bijak sebab itu diketawakan oleh orang.

Kerajaan Boros.

Najib membentangkan budget 2011 sebanyak 212 billion. Ia dianggap boros oleh pembangkang tapi bagi aku sebaliknya. Mengapa kita nak kata boros sedangkan dunia masa kini duit jadi duit. Aku sependapat dengan Dr. Khir Toyo.

Belanja Pengurusan Yang Tinggi

5. Selain itu, apa yang meriasaukan saya ialah dalam Bajet 2011 ialah peruntukan pengurusan yang begitu tinggi berbanding peruntukan pembangunan. daripada RM 212 bilion Bajet 2011, sebanyak RM 162.8 bilion ringgit digunakan sebagai bajet pengurusan. Hanya RM 49.2 bilion digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.

6. Adalah penting pada masa hadapan kerajaan dapat meningkatkan perbelanjaan pembangunan dan mengurangkan perbelanjaan pengurusan bagi membolehkan ekonomi negara berkembang dengan lebih pesat.

Aku faham mana-mana syarikat akan mengalami perbelanjaan pengurusan lebih tinggi berbanding dengan pembangunan. Kemungkinan belanja pengurusan yang tinggi adalah kerana faktor gaji anggota kerajaan yang tinggi disamping perkara lain termasuk pampasan kepada plus.

Aku mencari pemangkin pendapatan kerajaan dalam budget kali ini. Tidak banyak peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dalam hal ini. Penghapusan cukai barangan kecil seperti seluar dalam aku kira ia hanya menyumbang sedikit di sektor pelancongan atau domestik.

Sepatutnya Najib harus menyokong sedikit industri hiliran dan perkapalan negara yang sedang mengembangkan sayap serata dunia. Beberapa jenis industri seperti ini memerlukan sokongan yang kuat dari kerajaan untuk mendapatkan pelaburan di luar.

Menara 100 tingkat.

“Beberapa negara mengalami kemerosotan ekonomi selepas bina menara-menara kerana resources ditumpu kepada projek yang tidak produktif kepada ekonomi secara makro, dalam kes KLCC Tun M (Tun Dr Mahathir) guna petronas untuk biayai pembiayaian menara.


“Tapi dalam kes menara 100 tingkat ini, kalau tidak berfungsi kelak program ini akan jadi satu pembaziran. Dan saya tak nampak negara kita perlu menara baru, malah ekonomi negara tak semestinya dijana dengan membina menara,” katanya.


Beliau berkata, kerajaan seolah-olah kekeringan idea apabila hendak menjana ekonomi mesti melalui projek mega.

Kenyataan Husam seperti beliau kaya dengan idea. Tapi aku melihat ekonomi Kelantan seperti gurun. Tiada tanaman ekonomi untuk Kelantan. Keuntungan bagi projek mega umpama menanam pokok. Hasilnya hanya dapat dipetik untuk masa akan datang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof menggesa Kementerian Pelancongan turut memberikan perhatian terhadap pembangunan dan kemudahan di pekan Rantau Panjang yang merupakan tumpuan para pelancong untuk membeli-belah.

Siti Zailah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di pekan itu iaitu pelancong lebih suka menaiki kenderaan awam yang masuk dari Thailand berbanding kenderaan Malaysia.

“Banyak kenderaan yang masuk dari Thailand dan menjalankan perkhidmatan membawa pelancong dan pelancong lebih suka menaiki kenderaan Thailand kerana lebih selesa,” kata beliau.

Tambahnya, perkara yang sama turut berlaku berhubung penginapan hotel.

Kebanyakan pelancong, katanya menginap di Hotel di negara jiran itu kerana mudah untuk didapati.

“Ini satu perkara yang seharusnya diberi pertimbangan di masa akan datang di sudut kemudahan dan penginapan,” katanya.

Zailah dalam soalan asalnya meminta Menteri Pelancongan menyatakan perancangan pembangunan di pintu masuk Malaysia-Thailand di Rantau Panjang agar setanding dengan pembangunan di pintu masuk negara yang lain serta perancangan penambahbaikan untuk menarik pelancong dan meningkatkan imej negara dalam RMK-10.

Kalau pintu masuk utama sahaja mungkin sesuai dilakukan oleh kerajaan pusat. Selebihnya sepatutnya kerajaan negeri boleh melakukan sendiri. Kalau semua harapkan kerajaan pusat, kan lebih lebih manis serahkan sahaja tampuk pemerintahan.

Hotel aku umpamakan "dimana ada gula disitu ada semut". Kalau ada permintaan mestilah hotel akan tumbuh.

Menara 100 tingkat dibina oleh PNB. Istilah duit rakyat aku kira agak nakal sedikit. PNB adalah agensi yang mencari keuntungan untuk memberikan dividen kepada pelabur syarikatnya. Ia boleh diumpamakan seperti bank saudagar yang lain. Itu sahaja. Kalau projek itu membawa keuntungan, mengapa tidak PNB melabur.

Keuntungan sebuah menara aku kurang pasti. Tapi di Bandar besar bangunan tinggi adalah paling sesuai dibina kerana kekangan ruang tanah. Kalau harga sewa sebuah syarikat perabot ditempat aku mencecah 14K, mengapa tidak PNB membuat pelaburan jangka panjang.?

Kalau Pas mengata Najib boros dan bermegah, kenapa mereka tidak mengakata pembangunan bangunan tinggi di Mekah.? Kalau jawapan kerajaan Arab berkemampuan, so aku kira kewangan negara juga berkemampuan. Bukankah simpanan PNB dijamin oleh kerajaan.?



Yang menarik perhatian aku ialah MP Dap bersungguh-sungguh membantah cadangan menara ini. Lihat sekolah kaum mana.? Kalau sekolah itu sekolah melayu adakah mereka akan memperjuangkan seperti ini.?

Adakah mereka akan mengugut kerajaan dengan mengeluarkan simpanan mereka.?

/me pembangkang malu kerana Najib tidak membentangkan bajet defisit malah jumlahnya lebih besar.

No comments:

Post a Comment