Wednesday, October 20, 2010

kekeringan isu

Ibarat kata Pisau, naik kena maki turun kena hamun. Itu ulasan Tony Pua mengenai budget 2011 berkaitan dengan pembekuan kenaikan tol selama 5 tahun.

"Tindakan ini tidak masuk akal apabila kerajaan terpaksa memberi pampasan sebanyak RM5 bilion kepada pemilik konsesi dan berkemungkinan besar setinggi RM64 bilion dalam tempoh keseluruhan konsesi itu di mana pembelian langsung Plus hanya sebanyak RM23 bilion sebagaimana yang ditawarkan UEM-KWSP,” katanya.”

Samada kerajaan rugi dalam memberi pampasan terhadap pembekuan tersebut aku tak kisah. Yang penting tiada kenaikan. Kalau mereka kata......

Sebaliknya, kata Pua ia hanya tindakan popular dan kerajaan hanya bertindak sedemikian semata-mata untuk mengembirakan pengundi.

Semua benda yang membantu rakyat pembangkang akan kata seperti itu. Bantu salah kalau tak bantu lagi la apa kata mereka. Jadi kerajaan nak kena buat apa..? Bagi ceramah sahaja ka.?

Selama ini isu tol menjadi permainan pembangkang. Rakyat mahu tiada kenaikan tol kerana kos hidup semakin meningkat. Jadi, salahkah kerajaan memenuhi kehendak rakyat.?

Kalau ia semata-mata untuk memancing pengundi, mengapa Najib mengumumkan pembekuan kenaikan 5 tahun dan bukan 3 tahun..? Bukankah Pru13 dijangka pada tahun depan.?

Tony ada hujahnya. Tapi bagi aku simple. Kerajaan ada saham dalam plus. Jadi pusing-pusing duit itu pergi ke kerajaan juga. Silap-silap semuanya on paper. Apa nak susah-susah membuat kerja. Kalau kerajaan beli semestinya kerajaan kena urus tadbir. Plus adalah kepentingan awam. Kualiti perkhidmatan kena jaga. Salah sikit rakyat kondem. Dari pening-pening nak urus... biarkan ia kekal begitu.

Aku nak tanya pada Tony. Kenapa kerajaan negeri melantik KSSB dalam menguruskan hasil pasir negeri.? Susah sangat ke nak uruskan perkara seperti itu berbanding plus yang melingkari seluruh tanah air. Kebarangkalian ketirisan dalam mengumpulkan pendapatan adalah tinggi. Buktinya, angka pendapatan yang dibentangkan oleh Khalid dalam dewan tidak balance dengan hasil sebenar.

Rasuah rakyat salah, rasuah poket sendiri tak apa. Dalam isu merasuah rakyat, siapa yang dapat laba..? Bukankah rakyat juga.

“ orang bagi kain pelikat kita ambil, tapi undi bagi Pas.” Ini slogan siapa.? Bukankah ini menyemarakan rasuah.?

/me pembangkang mulut tempayan

No comments:

Post a Comment