Angkara politik melayu Penang tersepit. Aku tak salahkan melayu penang. Dalam Pru yang lepas, umno tak kalah. Parti kompenen BN yang kehilangan kerusi.
Situasi di Penang didorong sentimen politik seluruh negara. Pembangkang terutama Pas tidak berasa untuk membela melayu Penang. Mungkin kerana Pas beranggapan mereka hanya mempunyai satu kerusi di Penang, maka Pas merasakan mereka tidak bertanggungjawab ke atas Penang.
Kalau ini dijadikan iktibar, sememangnya Pas tidak boleh diharap. Parti mereka bukan untuk membela. Yang ada dalam kepala pemimpin mereka ialah merebut kuasa dari umno.
Pas bukan sahaja berdogeng tapi Pas telah menipu orang Islam. Mereka kata mereka hendak menegakkan Islam tapi sebaliknya para pemimpin tahu bahawa semuanya dusta.
Bagaimana hendak tubuhkan Islam kalau kerusi yang ditandingi jauh lebih kurang dari Pkr.? Alasan musyawarah dalam pakatan adalah tidak boleh diterima tapi sesuai dijadikan bukti sememangnya parti ini bebal dalam berpolitik dan dijadikan kaldai oleh Anwar.
Kuasa pembangkang mengikut tempat dan negeri. Sebab inilah mengapa Pas seperti kucing kurap di Penang. Jika ini dijadikan fakta, wajarkah Pas dianggap sebagai parti yang mampu menggantikan tempat umno..?
Diberitakan kerusi Pas kurang adalah disebabkan Dap mengatakan Pkr parti orang melayu. Butakah Pas dalam hal ini.? Berapa banyak Bala dalam Pkr..?
Aku tak perlu nak komen Pkr. Seharusnya orang sudah sedar isi dalam Pkr. Kalau Anwar boleh mengutuk negara sendiri apatah lagi watak orang bawahan mereka.
Slogan “merakyatkan “ bukan untuk rakyat. Tapi untuk tembolok mereka sendiri. Aku setuju dengan kenyataan Dr. Khr. “ dulu Bn tidak benarkan aktiviiti melombong pasir di tanah kerajaan. Kerajaan hanya mengenakan royalti kepada orang perseorangan yang menjalankan aktiviti tersebut.”
Kalau sebelum ini kerajaan BN Selangor mampu mengutip cukai 10 juta, aku kira jauh lebih baik dari sekarang. Tanah tergadai tapi untung tidak seberapa. Kalau tidak silap aku, untuk satu lori, KSSB hanya mengenakan RM10 sedangkan satu lori pasir dijual dalam 2ratus. Kalau sehari penjualan pasir boleh mencecah beratus2 lori.... siapa yang mendapat untung..?
Sebelum ini mereka mendakwa pendapatan penjualan pasir akan mencecah 100 juta, tapi untuk 6 bulan pertama mereka hanya berjaya mengutip 10 juta. Ermm… syarikat belum mendapat untung, pengarah sudah mendapat bonus 6 bulan…. Uh… merakyatkan ke..?
Masyarakat memerlukan perhatian, tetapi Pkr mengajak rakyat berpolitik sepanjang masa. Entahlah…. Hanya kerana seorang, Pkr sanggup berkumpul beramai-ramai mengutuk..? hahhaha…. Itulah sebenarnya Parti yang dinamakan Parti Keadilan. Hanya pandai membuat kecoh tapi tak pandai berkerja.
/me Anwar dajjal Melayu..?
No comments:
Post a Comment