Tuesday, November 23, 2010

bersyukurlah

45.Oh Ya, sebelum itu, pegawai ISI tadi sempat menanyakan kawan saya mengenai Malaysia dan menyatakan kekaguman mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. tempur
Dunia luar amat menghormati Mahathir. Tapi dinegaranya sendiri, Mahathir dikecam hebat, dihina dengan pelbagai gelaran yang tak masuk akal. Walau pelbagai tomahan dilemparkan kepada beliau, Mahathir tidak berkecil hati apatah lagi menyaman rakyatnya. Tapi senario politik sekarang….. kena cuit skit, terus nak saman.

Baru-baru ini ramai pengarah imigresen yang ditukarkan atau didakwa. Tindakan ini agak lewat. Sudah terlalu banyak kawasan sudah ditawan oleh pendatang asing. Semua ini adalah gara-gara sikap tamak oleh sebilangan orang yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara.

Secara peribadi, hukuman lebih setimpal perlu dikenakan kepaada orang yang mengorbankan keselamatan negara. Tatkala perajurit berkawal menjaga keselamatan, kita orang yang berkolar putih bertindak menjadi bandit.

Kenapa aku tak nak pembangkang memerintah.?

Jika pembangkang memerintah, maka secara tidak langsung, Dap akan memerintah. Walau kuasa Atm ditangan oleh Duli, namun secara tidak langsung Dap akan mendapat sedikit akses maklumat akan kekuatan senjata atau startegi kita.

Aku bukan prejudis tapi pandangan aku bersikap iri hati tentang keselamatan. Dap dan PAP Singapore adalah seperti adik beradik. Jika maklumat penting bocor, maka keselamatan rakyat kita secara tidak langsung akan terancam.

Peperangan tidak semestinya dimenangi oleh pihak yang mempunyai bilangan senjata. Kekadang startegi yang bagus mampu menewaskan pihak yang berbekalkan senjata yang terkini.

Senjata Atm kita kecil jika dibandingan dengan negara lain. Setiap tahun, kebanyakan negara luar memperuntukkan sebahagian besar belanjawan negara ke arah keselamatan tapi sebaliknya terjadi Malaysia.

Ramai rakyat kita memperlekehkan Atm kita. Walau saiz senjata kita kecil, pengurusan ATM kita adalah yang terbaik. Mereka mempergunakan sepenuhnya sumber yang ada. Ibaratnya jika kita bermain game komputer, jet kita mampu menembak banyak musuh.

Inilah peperangan.

/me Bersyukurlah dengan kenikmatan yang kita ada.

No comments:

Post a Comment