Catatan 2010 diakhiri dengan catatan peristiwa yang indah. Najib mengumumkan cuti peristiwa di atas kejayaan pasukan bola sepak. Bukan setakat kagum dengan kejayaan pasukan Malaysia…. Tapi teruja dengan sambutan rakyat Malaysia. Hampir satu negara meraikan kejayaan yang tidak diduga.
Aku perlu juga mengucapkan taniah kepada Anwar Ibrahim. Dia manusia yang hebat. Dia mampu menipu berjuta orang. Allah memberikan kelebihan kepada semua orang. Yang membezakan ialah cara kita menggunakan kelebihan itu. Samada ke jalan baik atau sebaliknya itu terpulang kepada diri masing-masing.
Kalau zaman boleh berubah begitu juga Pas. Taniah kepada Pas kerana berani berubah. Membawa Islam lebih terbuka. Aku tak berani nak komen tentang agama, Persepsi terpulang kepada diri sendiri.
Nabi pernah bersabda “ ulama adalah pewaris Nabi”. Bila aku komen tentang ulama, aku kelihatan menolak sabda Nabi. Tapi itulah pendapat aku. Bagi aku sekarang banyak title yang diberikan kepada ulama. Ulama muda, ulama politik atau seseorang yang sekadar meletakkan kopiah di atas kepala.
Dalam dunia yang pelbagai, kita kena bijak. Hampir semua ulama sekarang hanya sekadar memetik hadis Nabi, kupasan atau pelaksanaan entah ke mana. Mereka hanya pandai berkata “ lihatlah bintang-bintang di langit” namun jarang kita dengar ulama kita yang membuat kajian kejadian bintang-bintang tersebut.
Begitu juga dengan politik. Kalau kita tidak pandai mencongak politik, maka kesan daripada kesilapan tersebut akan memberi kesan yang berpanjangan. Dalam perjalanan dari airport Bayan Lepas, ipar ada berkata….. “ tengok, pembangkang memerintah, sama je.”
Apa yang mampu aku cakap, “ penang negeri cina”. Kerana apa..? hadith Nabi, “menuntut la ilmu hingga ke negeri cina”. Kaji la umat Islam mengapa Nabi bersabda sedemikian. Adakah kerana jarak ? bangsanya..? umat Islam teramai disana..? atau China akan menjadi tamadun yang digeruni.?.
/me orang cina berkuasa dimana-dimana.
No comments:
Post a Comment