Wednesday, January 5, 2011

sembang

Ke kanan minyak naik.. ke kiri banyak plak masalah timbul. Seakan rakyat tidak ada pilihan untuk memilih kerajaan yang baik.

Ketika Mahathir mampu berfikir, hantu-hantu firaun berkerja keras menghasut rakyat menjatuhkan beliau. Kebahagian yang diberi namun banyak cekadak yang dilemparkan. Alih-alih yang di kejar tak dapat yang di kendong keciciran.

Rakyat didulukan.?

Bila Najib membawa masuk Idris Jala, pemerintahan negara akan seperti menguruskan sebuah syarikat. Dalam mentadbir negara, cara Idris Jala sama sekali tidak bersesuaian. Pentadbiran kerajaan yang cekap perlu dituntut akan tetapi elemen cut cost yang melampau dalam kerajaan adalah tindakan yang kurang bijak kerana ia mampu mendatangkan kesan buruk kepada kesuluruhan struktur sosial rakyat.

Harga pasaran minyak naik maka kerajaan akan menaikan harga minyak. Alasan? kerajaan tidak mampu menampung subsidi minyak. Sebab apa.? Jawapan bodoh dari kerajaan kerana aktiviti seludup minyak. Kenapa apa nak naikan harga minyak masak.? Aktiviti seludup dan menyorokan barang. Sebagai rakyat boleh ke kita menerima jawapan yang sebodoh ini.?

Kerana beruk sekor kita semua terpalit.?

Ketika era Mahathir, banyak peniaga cina menuntut kenaikan barang. Mahathir membalas dengan jawapan pendek, “ lu kalau tak mau meniaga ramai lagi mau meniaga.”.

Mengapa perlu cut cost..? sebab apa penpadapatan negara kurang.? sebab kerajaan tidak bijak mengurus dan merancang.

Dulu harga gula tidak kecoh. Dulu harga simen dikawal. Sekarang semuanya kerajaan seperti mahu lepas tangan. Yang miskin dibantu dan yang kaya terus kaya. Orang seperti aku.? Papa kedana jadinya…

Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Tajuk sedap tapi isinya kosong. Kalau dulu “ siapa yang mampu beli kalau harga rumah beratus-ratus ribu.? ”. Sama sahaja… sekarang pun pergi pejabat PKNS takde rumah flat atau kos rendah. Semuanya untuk orang-orang kaya. Yang miskin macam aku, kempunan nak beli rumah baru.

Kerajaan bagi air percuma.? Setakat RM6 tak terliur aku. Sekarang Ekonomi Selangor tercungap. Sesuai la dengan gaji Tuan Penasih… RM1.

Arghh…. Bosan. Kena plak bila baca rasuah yang tak habis.
US Securities and Exchange Commission (SEC) dan Jabatan Kehakiman AS baru-baru ini telah menerbitkan dokumen menyatakan bahawa pembekal peralatan telekomunikasi Alcatel Lucent SA telah merasuah perkerja Telekom Malaysia Bhd sebanyak US$700,000 untuk memenangi kontrak US$85mil alatan telekomunikasi antara tahun 2004 dan 2006. mummy
/me samseng seperti raja.

No comments:

Post a Comment