Penubuhan negara Islam.
Dari dulu slogan ini digunakan oleh Pas dalam memancing pengundi orang Islam. Aku sebagai orang Islam berasa serba salah. Kalau aku tak mengundi, maksudnya aku menolak agama aku. Kalau aku menyokong adakah perjuangan itu akan menemui kejayaan..?
Belum cuba belum tahu..?
Kebanyakan pemerintahan sebuah negara berasaskan politik. Kalau tidak bijak berpolitik alamatnya lingkuplah negara ini. Secara asasnya, sesuatu dasar yang digubal perlu mendapat majoriti 2/3 dari suara parlimen. Jika kerusi Pas tidak pernah cukup dalam setiap Pru adakah Pas mampu menubuhkan negara Islam..?
Kebanyakan orang yang menyokong Pas adalah kerana agama. Akan tetapi kebanyakan orang Pas termasuk pemimpin mereka bodoh dalam berpolitik. Buktinya, Pas parti yang besar, sudah lama bertapak serta teguh namun dalam Pakatan rakyat mereka tidak mampu menjadi parti dominon. Jika kita bukan dari parti yang mengetuai kerajaan maka suara kita akan menjadi minoriti.
Pas berkata pada rakyat, “ kita akan menubuhkan negara Islam”. Tetapi sehingga kini tidak pernah sekali Pakatan mengeluarkan kenyataan bersama bahawa mereka setuju menubuhkan negara Islam. Siapa yang tidak amanah dalam perjuangan..? adakah Islam mengajar umatnya menipu.?
Kalau benar Pas parti alternatif yang bagus untuk menggantikan umno, dimana suara Pas di Selangor.? Mengapa Pas sering membisu seperti kucing kurap.? Kalau ini kita jadikan sandaran, mampukah Pas memperjuangkan nasib kita..?
Idris Ahmad rajin mengeluarkan kenyataan. Tapi sayang sekali, kualiti kenyataan yang dikeluarkan hanya setakat tahun 6. Itulah standard pemikiran kebanyakan pemimpin Pas.
Isu SUK Selangor.
Aku boleh katakan Pas menipu penyokongnya. Kalau benar Pas jujur dalam perjuangan mengapa Pas berdiam diri dalam isu SUK Selangor.? Datuk Mohammed Khusrin Munawi adalah bekas pengarah Jais. Sekurang-kurangnya tidak ada rotan akar pun berguna untuk menasihati MB. Bukankah itu lebih baik..? kata sebaiknya MB dinasihati orang beragama, tapi mengapa mereka menentang perlantikan Khurisn..? Bukankah ini hiprokrit.?
Kesimpulan mudah. Bukti Umno jauh lebih hebat dari pakatan.
Umno sudah lama memerintah, banyak pengalaman yang ada pada umno jika dibandingkan Pakatan. Dalam sarang musuh Umno mampu mencari startegi untuk menyelitkan orangnya, bukankah Umno lebih hebat berpolitik.?
Dalam isu ini juga, Pakatan membocorkan rahsia kebodohannya. Dulu kata tak, sekarang kata ia. Bila dah mengaku, nak gubal undang-undang tubuh negeri..? cukup syaratkah nak gubal undang-undang..? Pakatan ada suara majoriti dalam Dun..?
Fikirkan... Kalau putar belit umno pun pakatan terhuyung hayang, mampukah Pas melawan putar belit orang kafir.?
/me Nik Aziz nampak buduh mungkin sebab dikelilingi orang buduh.
No comments:
Post a Comment