Monday, January 10, 2011

Pembangkang Kuat..?

Ada member menyembang, susah Kj nak jadi menteri. Memang keputusan melantik menteri di tangan PM. Tapi satu perkara kena ingat, perkenan Agung diperlukan untuk seseorang itu diangkat sebagai menteri.

Agung nampak serba tak tahu tapi hakikatnya Agung tahu keadaan di dalam negara. Maklumat dari risikan tentera, Kj adalah antara balaci Anwar. Aku tak nak menyembang siapa Anwar, tapi kalau sekadar blogger seperti kumbang atau aidc mampu mengupas siapa Anwar, apatah lagi risikan tentera.

Report tentera hantar kepada siapa.? Siapa bos tentera Malaysia..?

Satu ketika dulu, banyak penyokong pembangkang membuat dua imam dalam satu kariah. Bila penyakit ini makin merebak, ada orang menyatakan, Agung telah campur tangan dalam menangani isu ini.

Jadi salah ke Agung memanggil Najib dan Hadi..? mengapa isu ini dipolitikan..? Bukan pembangkang kepanasan tapi team Anwar kepanasan kerana Anwar tidak dipanggil dalam perjumpaan tersebut. Satu persoalan, mengapa Agung tidak memanggil Anwar karipap..?

Isu negara perpaduan tidak timbul. Dijangkakan Parlimen akan dibubarkan dalam bulan September tahun ini. Kalau aku menjadi Najib, aku tidak gedik nak berpakat dengan Pas. Bagi sebab mengapa Najib nak suruh Pas bergabung..?

Kenyataan Khalid Samad hanya dari sudut politik semata. Semua tahu Khalid Samad ada adalah Trojan Anwar dalam Pas. Kalau Khalid Samad menyatakan umno takut sebab pembangkang@ Pas kuat, bukankah lucu bunyinya. Kuat tang mana Khalid.?

Apa yang aku nampak, Agung memanggil kerana pembangkang semakin kuat menggoyang intitusi raja-raja. Kalau nenek moyang kita menentang Malayan union demi raja-raja, tapi anak cucu mereka menentang raja-raja demi Anwar karipap.

Blog umi pembangkang. Mereka spin isu umno menghapuskan kekebalan raja-raja. Isu itu berpunca kerana kebanyakan kerabat diraja menyalahgunakan kuasa malah ada rakyat yang mati kerana beberapa insiden yang tidak diingini. Bukankah ia berbeza, menyekat dan menghapus.

Sekarang ini Anwar tidak disukai oleh kebanyakan raja-raja. Kalau aku silap tafsir, mengapa Agung tidak menjemput Anwar dalam perjumpaan tersebut.? Anwar bukan Islamkah.? Dap mengambil kesempatan dalam situasi ini. Mana tahu Malaysia akan seperti Singapore..?

Hairan bin ajaib, mengapa pembangkang seperti kepanasan.? Aku tak nampak pun pemimpin umno melenting..? Kalau perjumpaan ini menjadi isu…. Alahai, ceteknya otak pembangkang. Banyak cakap dari buat kerja.

Walau orang umno masih tertanya-tanya, mengapa Pak Lah melepaskan Anwar AL-Buntuti, tapi orang umno diam. Orang umno takdak teloq.? Weii… Pak Lah turun pun sebab orang umno yang mendesak.

Hakikatnya, ini antara sebab mengapa aku tidak tertarik dengan pembangkang. Otaknya seperti ayam betina bertelur. Riuh sekampung walau bertelur sebijik.

/me pembangkang takut bayang-bayang sendiri.

No comments:

Post a Comment