Monday, November 8, 2010

response time

Aku tak sedar ada xcident di seberang jalan. Kejadian itu hanya beberapa minit sebelum aku memakir kereta. Lalu aku ke seberang untuk melihat kereta yang terbalik disamping untuk memasang telinga.

Kisah sebenar pertebungan 2 buah kereta tanpa melibatkan treler yang memakir bersebelahan di kereta yang tergolek. Gen2 yang dipandu oleh seorang perempuan dari arah hadapan melanggar kereta yang u turn di persimpangan lampu isyarat.

Apa yang aku nak noted ialah response time dari agensi yang terlibat. “bang, dah call bomba.?” Dah... tapi magrib ni, mungkin lewat skit kot”.

Ada benarnya apa yang abg itu cakap. Tapi apa yang mengecewakan aku, mengapa pihak bomba mengambil masa hampir 40 minit sedangkan tempat kejadian hanya 300 meter dari tempat kejadian.?

Sebelum ini aku ada terbaca mangsa kemalangan mati kerana bantuan lambat tiba. Aku kira itu hanya kes terpencil, tapi jika kes ini diambil teladan, aku andaikan itulah jarak masa untuk sebuah agensi penyelamat mengambil tindakan.

Respon banjir di utara juga aku dengar seperti tidak memuaskan. Respon daripada kerajaan negeri ataupun pusat kelihatan agak lambat. Kalau tidak silap aku, hanya Sharizat yang memberikan respon yang baik untuk membantu mangsa.

Waktu banjir dan Prk Galas dan Batu Sapi hampir serentak. Dari apa yang aku nampak, kebanyakan orang politik termasuk MP kawasan terbabit lebih memilih politik daripada turun melihat kawasan.

Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan Mahfuz, “kalau nak tolong tak perlu tunggu wartawan datang untuk cari publisiti.”

Tapi benarkah kata-kata Mahfuz itu.? Aku berjalan dari blog ke blog, aku tak nampak mereka datang membantu kecuali sharizat di blog pro umno. Aku jenguk harakah pun begitu juga. Tidak ada gambar mangsa banjir kecuali lawatan MB di pusat pemindahan. Itu juga aku kira respon yang lambat selaku MB.

Sepatutnya, kejadian dari tsunami menjadikan negara bertambah matang. Pengalaman menangani banjir di Kota Tinggi juga sepatutnya sudah memberi kita pelajaran.

Tapi hakikatnya pemerintah negara tidak menjadikan semua kejadian itu sebagai teladan. Mereka lebih suka berpolitik daripada rakyat diutamakan.

/me mentaliti kita masih kelas ke 3.

No comments:

Post a Comment