Kalau umno bukan parti akal tidak mungkin umno mampu berkuasa selama 50 tahun. Dan kerana akal ‘umno’, negara kini diambang negara maju. Tidak disedari, kini negeri yang diperintah pembangkang, mereka masih mengekalkan banyak dasar “umno”.
Kalau dulu Amerika mengecam Mahathir akan dasar “bailout”, krisis ekonomi yang lalu mereka telah meminjam dasar itu untuk menangani krisis ekonomi mereka.
Dap parti cina. Akal mereka cukup licik. Kalau bukan kerana umno parti akal, seriously taraf melayu Malaysia jauh lebih rendah dari sekarang. Buktinya kalau Dap bukan parti akal, tidak mungkin mereka akan menubuhkan universiti di Penang.
PKR parti otot. Mereka lebih banyak menggunakan otot daripada menggunakan akal. Akal Pkr hanya terletak di kepala Anwar. Sebab itu Anwar jadikan Pkr seperti syarikat miliknya sendiri. Kebanyakan ahli Pkr orang muda yang hanya suka membuat kecoh daripada bekerja. Buktinya mereka lebih suka merusuh daripada berbincang. Sebab itu kebanyakan mesyuarat cabang Pkr seperti sebuah sarkas.
Pkr sinonim dengan nama Azmin Ali. Akan tetapi beliau tidak ada wawasan atau akal untuk dinobatkan sebagai pemimpin. Survival politik Azmin Ali semata-mata bergantung Anwar dan bukan kerana akalnya. Sebab itu kehadiran Zaid Ibrahim di dalam parti Pkr menjadi ancaman kepada beliau.
Khalid Ibrahim berstatus menteri besar. Akan tetapi akalnya tidak kemana. Cepat dipengaruhi dan tiada gagasan untuk memajukan negeri Selangor. Kalau orang kanan Pkr semua tidak ada akal, sudah pasti orang bawahan orang Pkr juga sebegitu.
Buktinya.
Pkr suka mengimport pemimpin dari umno. Sekelip mata dalam Pkr mereka terus mendapat tempat yang tertinggi. Kalau ahli Pkr ada akal, sudah pasti situasi ini tidak terjadi.
Pas parti bangang.
Aku pun sedih nak cakap seperti ini. Tapi aku cakap berdasarkan kepada pengamatan aku. Dap memerintah Penang baru 2 tahun, telah mengorak langkah dengan menghapuskan identiti melayu. 20 tahun memerintah Kelantan, universiti pun kerajaan BN yang buat.
Buktinya aku petik dari ulasan blog parti pembangkang.
PAS perlu perbanyakkan aktiviti peningkatan ilmu pengurusan, ekonomi dan sebagainya. Perlu berlapang dada dengan krtikan dari golongan ilmuan. Ini tidak, Prof Dr Abd Aziz Bari kritik pun dibelasahnya balik. Apalah mentaliti kita terlalu sempit. Jangan hadkan welstanchaung hanya kepada kelompok "kita-kita" sahaja. GBAmat menyedihkan parti yang seusia umno mereka hanya menjadi kuda tunggangan parti yang jauh lebih muda. Kebanyakan Pemimpin pas tidak berkarisma dan tidak pandai berpolitik. Kalau Hadi Awang Presiden umno sudah lama orang umno ‘reject”.
Hakikatnya, Pas terlalu lembab berpolitik. Parti ini tidak mampu untuk menjadi parti alternatif parti orang melayu. Bahasa mudah, mereka lebih suka “join” program orang daripada membuat membuat program sendiri.
Dan yang menyedihkan..... Pas jauh berubah.
Pimpinan PAS tidak pro-aktif lagi semenjak masing-masing telah menang pilihanraya. Lebih banyak utamakan kuasa dan kekayaan diri. Malah ada yang memusuhi blogger. Tak pandang orang miskin dan orang marhain macam GB lagi.Ada yang dah takut untuk berdemo dan sebagainya. GB
Bukan selama ini mereka tidak mahu, tapi mereka tidak ada akal untuk membuat peluang. Sekarang peluang itu ada, masakan mereka menolak. Selagi kita bernama manusia sukar kita menolak kehendak kehidupan.
/me taniah BN menang semua kerusi.
No comments:
Post a Comment