Saturday, May 28, 2011

kaya akan terus kaya kan...

Sedang syok tengok orang jumping smash, tiba-tiba telinga den menangkap suara. “ eh… doctor aku bukan kerajaaan bayar, tapi LLN yang bayar”. Aku toleh la skit,…. Ermm….

Sebenarnya malas nak menjawab persoalan isteri. Apa komen awak tentang biasiswa.? Bukan apa, cuba fikir, bukan ke LLN tu kerajaan.? Bukan ke Petronas itu kerajaan.? Ingat kerajaan bagi bisiswa hanya terhad dari JPA.?

Dulu, kebanyakan biasiswa untuk orang susah tapi sekarang kerajaan dah buat keputusan, siapa dapat 8A dapat biasiswa. Bukankah kaya akan terus kaya.? Fikir la.. cubalah dalami hati orang susah macam mana. Jangan kita fikir tekak kita sendiri.

Dari kecil anak orang kaya dah masuk smart reader, genius aulad, qdeess. Mereka semua makanan berzat, hidup selesa, selalu dibawa melancong ke sana sini. Itu semua memdorong membina pemikiran yang cemerlang bagi kanak.-kanak.

Orang susah kat kampung, dah la makan seadanya. Kekadang orang susah macam aku dulu, balik sekolah je terus pergi kebun. Bila aku kenang balik… susah jadi orang susah dan susah bagi orang susah untuk cemerlang.

Tapi kan… Allah maha kaya dan maha berkuasa. Allah bekalkan susu ibu kepada semua ibu. Alhamdulilah… mungkin dengan berbekalkan susu ibu, ramai orang susah menghasilkan akal yang cerdik pandai.

Kepada GAP atau kepada sesiapa sahaja…. Jangan salahkan Soi Lek atau timbalan menteri pendidikan. Orang melayu sendiri yang tak nak biasiswa. Apa nak bising2.??

/me melayu kaki gadai.

No comments:

Post a Comment