Walau air kepentingan awam tapi isu air di Selangor lebih kepada isu politik. Apa yang aku jangkakan, kerajaan negeri akan menamatkan subsidi air. Ini adalah kerana pelanduk dah masuk jerat dan tunggu masa untuk dikorbankan.
Anwar bukan hebat mentadbir tapi dia seorang pakar memasang startegi. Seluruh negara dapat eletrik percuma tapi rakyat diam macam tiada apa. Tapi air percuma di Selangor, tapi satu negara kecoh kebaikan Pakatan.
Apabila kadar elektrik naik, rakyat naik berang tapi apabila kerajaan pakatan menaikan cukai, menaikan harga air mengapa rakyat boleh menerima seadanya.?
Politik cina memang bagus. Mereka tidak bergaduh jika melibatkan kepentingan kaum mereka. Tapi kita orang melayu adalah sebaliknya. Apa sahaja yang boleh dijadikan modal politik, mereka akan lacurkan.
Tidak apa kalau kita lupa pada sejarah tapi kita jangan sesekali lupa pada pengalaman kita. Sepatutnya pengalaman krisis air 1997 atau 2004 akan menjadikan rakyat Selangor lebih matang. Rupanya, melayu tetap melayu. Kalau berangan mengalahkan Mat Jenin dan kalau berpolitik melayu akan mengalahkan Bill Clinton.
GEORGE TOWN 30 Mei - Kerajaan Pusat akan membina sebuah empangan baru di samping memperluaskan lagi Empangan Mengkuang di Pulau Pinang sebagai usaha mempertingkatkan lagi kapasiti air di negeri itu, kepada 3.8 kali ganda. utusanOrang cina tak kisah pun air naik. Kerana apa..? bayar lebih takpe tapi air berkualiti dan jangan nanti ada duit tapi takde air. Fikir la, jangan nanti bila air dah kena catu, nak berak pun susah barulah kita rasa kesal.
/me sape kata pusat tak bantu negeri pakatan.??
No comments:
Post a Comment