Thursday, June 23, 2011

Kalau aku kaya

Masa nak bayar rokok.. terpandang tajuk utusan hari ni. Kedai 1Malaysia. Sampai ofis tengok utusan. Rupanya kekadang apa yang aku rewangkan bukan la mengarut sangat. Kalau kerajaan nak buat boleh aja. Tidak timbul pun isu kerajaan menjajah ekonomi.

Banyak benda yang aku rewangkan. Semuanya kerana aku rasa kos pengeluaran barang takde la tinggi mana. Cuma lintah darat je yang menyusahkan rakyat. Kerajaan bantu para nelayan dek kemiskinan tapi yang tak logiknya harga ikan tak mampu dibeli oleh si miskin tadi.

Kalau aku kaya…..

Aku tak tahu apa yang difikirkan oleh orang ketika drive jauh. Dari dulu ketika memandu kepala aku suka merewang dapat harta Bill Gates. Hahaha…. Macam gampang kan….. tapi itulah yang selalu set kat kepala aku bila bosan memandu.

Adalah dusta kalau dapat duit berbillion aku tak pasang angan2 nak bermewah. Apa yang aku nak beli.? Ermm… sory beb, aku tak berangan nak kawin lagi. Mula2 aku nak beli tanah kat belakang warta… Then aku nak buat rumah agam untuk family aku.

Selain itu..?? emm…. aku nak beli yang kereta yang paling laju then untuk anak bini aku serta lori dan bas. Kenapa aku nak beli lori dan bas. Orang paling kaya tapi nak bawak bus ke.?

Itulah aku. Aku nak bawak bus atau lori bila bosan. Ko ingat aku nak beli lori tu satu ke..? sory beb.. kalau aku beli satu, belum sempat sampai kg angan2 aku dah habis. So aku belilah lori banyak2. Aku nak buat apa dengan lori scania aku tuh.? Dulu angan2 aku lain. Tapi semenjak aku beli ikan berbelas ringgit… ermmm… inilah yang aku nak buat.

Aku nak jadi peraih ikan. Aku nak beli semua ikan dari semua nelayan. Walau aku kaya, tapi aku beli tak nak mahal2. Hahahhaa…. Kedekut kan aku…. Yela, kalau aku beli mahal mesti la aku jual mahal. So sia2 je la matlamat aku nak tolong orang kampung.

Aku tak nak untung banyak2. Aku cuma nak untung balik kos sahaja. Tapi kan… permainan orang cina. Mesti dia beli lagi mahal dari nelayan aku untuk tutup biz aku. Tol tak..? So apa yang aku nak buat.?

Aku dah planning awal untuk setlekan masalah tu. Aku dah oder bot laut dalam. Nak beratus bot pun aku leh beli. Beb.… fikir la duit bill gates brape banya.. Cuba convert duit RM… mahu Malaysia ni aku beli. Hahhahaha…..

Masalah takan selesai macam tu je kan… sebab apa.? Mesti tekong tak nak tangkap ikan banyak2. Jadi apa yang aku buat. Kalau tekong tak nak tangkap mereka juga yang rugi. Sbb apa. Sebab gaji mereka aku buat macam sistem syer. Keuntungan bot tu akan dibahagikan kepada semua nelayan bot tu. So mesti mereka akan berlumba2 tangkap ikan kan…??

Camne nak dapat permit bot..? ala….korang ni….. Aku orang paling kaya. Mesti kerajaan akan jaga aku. Sebab apa… sebab aku ada modal. Aku akan gunakan kabel aku untuk dapatkan semua itu. Termasuk subsidi diesel. Ada kemudahan kan… buat apa nak membazir… tibia je la. Kerajaan tak nak bagi..?? berani tak bagi..? mustahil kan… ini agenda rakyat beb…

Mula-mula aku supply skit je.. lama2 bila agenda aku dah makin membesar… bila pasaran aku makin meluas, tokei2 cina tu boleh ke bertahan..?? mesti mereka akan tewas. Aku percaya, sebulan dua mereka boleh bertahan main harga… kena setahun mahu dia melingkup.

Tahu kenapa aku berangan camtuh. Sebab aku hangin bila harga ikan ikan naik. Nak kata tengkujuh, Malaysia macam dah takde musim tu. Alasan mereka senang je. Harga minyak naik. Mereka tak kata kerajaan bagi subsidi. Yang mereka tahu, mereka nak tibai kerajaan dan rakyat. Curi diesel dan pedajal orang melayu.

Aku suka kerajaan tarik subsidi. Ada subsidi pun harga ikan mahal. Dah la beli ikan dari nelayan murah. Yang untung sape..? Satu puak jadi lintah laut dan kat darat jadi lintah darat. Hampehh…..

/me angan2 mat jenin…

No comments:

Post a Comment