Pas kemaruk kuasa. Itu naluri aku yang berkata tanpa berfakta. Aku bercakap hanya dari naluri hati. Sebab itu selalu kawan mendengar macam orang bodoh. Buat muka seposen. Angguk tidak geleng pun tidak. Mereka tak faham apa yang aku kata. Ibaratnya aku berkata mengikut irama alam sekeliling. Walaupun begitu, tapi apa yang aku ada asasnya.
Bila aku baca tulisan Mso, memang betul apa yang aku rasa. Bekas timbalan presiden seperti diherdik keluar. Dikala menuduh umno 50 tahun tidak berjaya mentadbir, rupanya Pas sendiri menjalankan muktamarnya seperti mesyuarat cawangan. Tidak ada protokol yang baik. Sebab itu dalam otak aku melabel Pas seperti parti kampung.
Aku tidak benci pada Pas. Aku hormat ustat Nasa. Dia antara orang Pas yang diam tapi membuat kerja. Mulutnya dijaga dan tidak memfitnah apatah lagi mengeluarkan fatwa yang mengelirukan. Dia ada keterampilan dan amat sederhana. Malah ak lihat dia lebih baik dari menteri umno.
Macam mana la esok kalau pakatan menang. Tengoklah line line up kepimpinan Pas sekarang. Yang boleh diharap pun hanya Husam. Seburuk-buruk Husam tapi itulah yang terbaik dari Pas. Yang lain termasuk Hadi sendiri seperti Mr. Bean.
Politik bukan campur tolak seperti dalam ilmu hisab dimana jawapanya akan kosisten. Politik seperti pemalar dan keberangkalian jawapan itu tidak boleh dijangka. Politik perlukan minda orang yang berbelit serta punya jiwa yang besar. Jika hatinya kecik macam aku, baik tak payah masuk politik kerana kita akan dipergunakan.
Mahfuz hanya LCE tapi dia boleh jadi naib presiden. Husam orangnya pembelit. Kalau tidak masakan dia nak bertanding 2 jawatan. Mat Sabu otaknya tidaklah sehebat mana, tapi bila dia berucap… orang akan suka kerana dia macam badut yang menghiburkan.
Pas sepatutnya sudah maju ke depan. Tapi kerana pemikiran politik sempit mereka jauh kebelakang dari parti yang lain. Rentak politik Pas amat kaku sehingga Pkr yang masih bayi dapat menakluk Pas secara senyap.
Dulu Pas memperlekehkan wanita tapi hari ini Nik Aziz menggesa muslimat agar tidak hanya berperanan seperti pelengkap atau langsir di jendela. Kalau dulu mereka memusuhi artis sekarang mereka gila glamer. Kalau dulu mereka kata umno kafir kerana berkerjasama dengan Mca dan Mic, hari ini mereka jilat apa yang mereka perkatakan. Sampai satu tahap mereka membuka kepada orang kafir sebagai penyokongnya. Bukankah semua ini menandakan politik Pas hanya politik kampung.?
Tidak salah kalau Pas ada kelab penyokong bukan Islam. Tapi kalau kita lihat dari perspektif politik ia sebenarnya membawa bahana kepada melayu dan Islam khususnya. Jika kelab ini membesar, suaranya akan mampu mengawal atau sebagai pendesak kepada parti. Jika keputusan parti seperti di imbangi dengan orang bukan Islam, fikirkan apa yang boleh dibuat oleh Pas.
Hakikatnya Pas terlupa bahawa mereka ialah orang politik dan bukan ulama sepeti apa yang diperkatakan oleh Kadir Jasin. Agak bagus membaca ulasan beliau kerana beliau turut menyelitkan ulasan erdogan.
Namun begitu, adalah kurang tepat melabelkan golongan bukan ulama ini sebagai “Erdogan”. Malah bercanggah langsung dengan Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyib Erdogan. Dalam politik sekular Turkey yang menyekat kebebasan Islam, Erdogan ada reformis Islam. Dia mencabar dasar sekular dan mahu Islam memainkan peranan lebih penting.
Rasa-rasanya, pendirian Erdogan lebih mirip kepada para ulama Pas, sedangkan Mohamad Sabu dan tiga naib presidennya – Salahuddin Ayub, Husan Musa dan Mahfuz Omar – adalah “reformis” yang cuba menonjolkan imej moden, terbuka dan bertoleransi.
/me hebatkah kalau pengalaman 50 tahun hanya jadi balaci.?
No comments:
Post a Comment