Monday, June 6, 2011

ada aku kesah..?

Penat kalau cerita politik. Kita rakyat seperti boneka yang ditolak tarik. Isu semasa lebih tertumpu kepada siapa pemimpin dan tidak pernah membincangkan masa depan negara. Kalau dulu pembangkang mengata umno, sekarang semua benda terpalit diri sendiri. So terpulanglah kepada rakyat menilai.

Suhu PRu13 sudah dirasakan. Dikala Umno mula mempersiapkan diri, parti komponen BN hanya bertindak sebagai pemerhati. Mereka seperti tidak mahu bersama dalam perjuangan. Bagi mereka biar umno tumbang. Buat Soi Lek, kalau nak keluar dari BN, keluarlah.. Tak perlu menjadi musuh dalam selimut gunting dalam lipatan.

Jika pilihanraya diadakan sekarang, umno mungkin masih mampu mengekalkan banyak kerusi tapi bukan BN. Kalau BN boleh membentuk kerajaan aku anggap ia adalah bonus daripada kehilangan putrajaya.

Mengundi bukan seperti kita mahu menduduki peperiksaan. Rakyat jarang berfikir siapa yang harus mereka undi. Biasanya mood mengundi yang menentukan kejayaan sesebuah parti. Kalau waktu pilihanraya poket rakyat koyak maka kerajaan yang akan dijadikan korban pilihanraya.

Banyak faktor untuk seseorang itu mengundi parti mana atau siapa hendak diundi. Dari factor calon sampai la sekecil-kecil dendam di hati. Jadi terpulanglah. Orang kata bagus Kelantan membangunkan Islam. Tapi bila kita ckp apa dah jadi dengan Selangor, mereka kata itu Pkr. So…. Itu pun terpulang.

Kalau ada yang dah panas punggung sebab buat church kat kampung melayu.. itu nak buat macam mana. Kehendak majoriti mahukan keterbukaan… ikut la. Kalau semua orang dah tak kisah… aku pun… ada aku kesah..?

/me setiap orang ada pendapat masing-masing.

No comments:

Post a Comment