Saturday, June 11, 2011

perjuangan

Kerana wang orang akan berubah prinsip. Kerana politik juga parti akan mengubah prinsip. Kalau Pas dulu dengan idea negara Islam kini mereka menuju negara kebajikan. Sangat la jelas bahawa apa yang canangkan hanyalah slogan dan bukan perjuangan.

Begitu juga dengan umno. Tidak ada bezanya antara umno dengan Pas. Kerana desakan politik banyak dasar telah berubah. Apa jua alasan sekalipun, realitinya umno sudah berubah walaupun masih mengekalkan banyak dasar asal.

Apa gunanya mengekalkan biasiswa kalau ianya sudah menyimpang jauh dari asas tujuannya. Dulu biasiswa untuk orang susah tapi sekarang tak ubah seperti hadiah kemenangan sukan. Semua pelajar yang mendapat 8A ditawarkan biasiswa. Kalau ini caranya, baik hapuskan sahaja biasiswa.

Kalau tak silap aku, UDA ditubuhkan untuk membantu ekonomi orang melayu. Dulu aku nampak apa yang UDA buat. Aku pernah kenal dan telah lupa nama seorang bos Uda. Kebetulan dia duduk sebelah rumah yang aku sewa. Orangnya baik, tak kaya sangat. Pakaiannya dan hartanya hanya melambangkan dia seorang bos dan bukan orang yang mengambil rasuah.

Sory aku malas nak check status UDA. Tapi kalau tak silap aku Uda dimatikan satu ketika tapi dihidupkan kembali. Kalau tidak dimatikan dimana peranan UDA untuk beberapa ketika.? Bergaji tapi takde kerja..?

Tapi hari ini UDA memberi isu yang amat bingit untuk didengari. UDA memberi projek kepada syarikat china . UDA menjual asetnya semata-mata untuk melangsaikan hutang. UDA hanya tahu memohon peruntukan dan jasa dari kerajaan..? Kalau ini yang UDA boleh buat, baik hapuskan je UDA.

Sepatutnya UDA bertindak proaktif dalam membantu usahawan bumi. Tapi rupanya UDA bertindak seperti parasit yang membebankan kerajaan atau UDA hanya tabung kepada segolongan orang yang tamakan kuasa dan harta dunia.

Yang tidak berubah perjuangan asal ialah DAP dan PKR. Dap semakin berjaya dalam perjuangannya untuk berkuasa. Hanna Yeoh bising satu Malaya kerana bangsa anaknya. Kenapa.? Isunya seperti kecil tapi sebenarnya ia memberi kesan besar kalau ia menjadi isu politik. Fikirkan kalau kerajaan tunduk dengan cina. Hapuskan ruangan bangsa dalam sijil lahir atau ic. Kalau dah hapus, ada lagi ke title bumi. Kalau takde maksudnya, DEB akan terhapus secara automatiknya. Bila tidak ada, nah kau…

PKr pula masih mampu memperjuangkan cita-cita seorang untuk menjadi Perdana Menteri. Kalau tidak masakan hri ini hampir seluruh masjid di Selangor berkhutbah tentang qazaf. Mungkin dunia akhir zaman. Seorang yang rosak akhlaknya akan diangkat sebagai orang terbilang. Aku tak kata dia peliwat tapi banyak perkara buruk yang telah dia lakukan.

Fikirkan… hari ini orang putih yang bukan Islam kerana salah cakap dalam twitter kerana menulis ala-ala gangguan seksual ditekan untuk meletak jawatan dalam dewan perwakilan. Kita yang dikatakan muslim beragama Islam yang melarang zina tapi disokong untuk menjadi Perdana Menteri.

/me memperjuangkan nasib sendiri.

No comments:

Post a Comment