Wednesday, July 6, 2011

sarkas pakatan

Artikel Pilihan ~ azli sukri

Persetujuan Ambiga menerima cadangan daripada pihak kerajaan untuk mengadakan perhimpunan Bersih di stadium merupakan tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat, sekali gus menconteng arang ke muka Anwar Ibrahim. Tidak disangka oleh sesiapa pun, pada saat-saat akhir, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menjinakkan singa betina ganas bernama Ambiga. Persetujuan Ambiga ini secara tidak langsung mengundang kebencian dalam kalangan ahli Pakatan Rakyat terhadap dirinya, kerana awal-awal lagi mereka sebenarnya mahu mengganas di ibu kota Kuala Lumpur bagi menunjukkan pengaruh dan kuasa politik, namun demikian hasrat jahat mereka tersekat dengan kebijaksanaan Najib.

Walauapa pun alasannya - Najib telah menang baik dari segi moral, mahu pun sokongan politik. Hujah saya adalah mudah. Dengan menghimpunkan seluruh penyokong Perhimpunan Bersih di sebuah stadium, ia bererti mereka tidak ubah seperti sekumpulan haiwan yang berada di dalam sebuah zoo yang besar, yang mana segala tingkah laku serta perangai mereka ditonton oleh seluruh dunia untuk dinilai dan diadili secara saksama.

Kedua, para penyokong perhimpunan Bersih ini juga akan berpecah menjadi dua kumpulan. Pertama, kumpulan yang mahukan perhimpunan secara aman dan kedua, kumpulan yang menginginkan kekecohan. Kumpulan kedua ini tidak akan berhimpun di stadium, mereka tidak akan mengikut arahan Ambiga, sebaliknya mereka akan tetap mengikut perancangan asal untuk mengadakan demostrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan. Oleh yang demikian, kerja pihak polis untuk menyumbat puak-puak ekstrim ini ke penjara menjadi lebih mudah dan berjalan lancar.

Ketiga, jumlah manusia yang akan berhimpun di stadium untuk menyokong Perhimpunan Bersih akan merosot dengan teruk, hal ini disebabkan beberapa alasan, pertama untuk apa bersorak dan terpekik-pekik macam orang gila di dalam sebuah stadium yang tiada sebarang perlawanan bolak sepak? Perbuatan tersebut hanya diketawakan oleh masyarakat dunia, khususnya negara-negara Barat yang akan berkata "Awat hang semua dah jadi macam orang gila? Masyarakat Barat buat demo kat jalan raya, hampa pulak buat demo di stadium, sewel apa? Mana ada negara di dunia ini yang rakyatnya buat demo untuk jatuhkan kerajaan di dalam stadium, hampa semua kena bodoh dengan UMNO/BN saja la"

Keempat, imej Najib semakin positif di mata dunia dan rakyat jelata. Jelaslah Najib masih menjunjung tinggi kebebasan bersuara dan amalan demonstrasi di negara ini - sehingga lidah Anwar Ibrahim menjadi kelu tidak terkata. Pendekatan Najib yang bertolak ansur dengan penganjur Bersih menyerlahkan lagi keperibadian beliau sebagai pemimpin untuk semua kaum di negara ini.

Kelima, stadium yang akan dipilih kelak, pastinya stadium yang terletak di dalam negeri Selangor, iaitu negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, maka sudah tentu akan ada kerusi dan peralatan stadium yang rosak. Maka semua kos ini akan ditanggung oleh kerajaan Pakatan Rakyat sendiri. Dengan kata mudah, kejahatan yang mereka lakukan akan kembali kepada mereka sendiri untuk ditanggung.

Keenam, konsep demonstrasi ala-Anwar Ibrahim yang berlaku pada tahun 98/99 sudah pun berakhir dengan persetujuan Ambiga untuk mengadakan perhimpunan Bersih di dalam stadium. Maka, selepas ini sebarang perhimpunan jalanan sudah tidak lagi relevan dan mendapat sokongan rakyat - kerana rakyat semakin rasional dan berpijak di bumi yang nyata. Untuk jangka masa yang panjang, rakyat yang gemar menyertai demostrasi jalanan akan dikerah ke stadium untuk meluahkan ketidakpuashatian mereka di sana. Maka, lama kelamaan mereka akan mula terfikir bahawa apa yang sedang mereka lakukan adalah kerja yang sia-sia dan dilihat sebagai perbuatan orang-orang bodoh - terpekik dan melolong di dalam stadium, dan akhirnya mereka akan berasa malu terhadap diri mereka sendiri.

Kesimpulannya - Datuk Seri Najib telah menang dan Anwar Ibrahim telah tewas. Strategi politik Najib nampaknya, jauh lebih bijak daripada Anwar Ibrahim. Jelaslah, Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia menggali kubur mereka sendiri dalam PRU yang akan datang. Selamat tinggal Ambiga dan selamat pulang ke Sungai Buluh Anwar Ibrahim. Takbirrr!!! Allahuakbar!!

No comments:

Post a Comment