Semua orang mahukan kerajaan bersikap maksum. Kalau boleh semua benda kerajaan BN kena buat. Itu la…. ini la.. silap2 jamban kat rumah sumbat pun kerajaan yang dipersalahkan.
Bila aku ajukan soklan “ agak2 kalau pembangkang memerintah boleh ke rasuah dihapuskan.? ” … memang la tak.. sama je macam sekarang.
Kebanyakan mentaliti penyokong pembangkang seperti itu. Mereka hanya tahu semuanya BN buat dan yang salah itu kerja BN. Apa yang parti atau pemimpin mereka buat mereka tak kisah asalkan umno dapat ditumbangkan.
Merayatkan ekonomi hanya slogan. Tidak buat kerja takpe asalkan mereka mampu merosakan program kerajaan. Kalau benar Pakatan membantu rakyat mengapa Pakatan tidak buat rumah mampu milik di S.Alam atau Bangi..? Yang ada hanya di Klang atau Ijok yang nilai tanahnya tidak la setinggi mana.
Kalau Najib berani menawarkan tanah TUDM sungai besi untuk rumah rakyat, kenapa kerajaan Pakatan yang diwar2kan membantu rakyat begitu tamak membantu rakyat..? Bayangkan kalau dari dulu Pakatan memerintah… dimana letaknya rumah orang kurang berkemampuan.?
Kalau ada yang berani menyatakan akan Pakatan akan BUAT.. hahaha… pandai memaki BN apa yg BN buat 50 tahun. BN memerintah dari negara tidak pernah membuat jarum. Fikirkan sesuatu teknologi. Hendak membuat teknologi akan banyak mengambil masa tapi jika untuk menambahbaikan teknologi tidak la sesusah mana.
Aku kira 50 tahun Bn memerintah tidak la seteruk mana. Kalau anda rasa anda orang yang bijak dan berpendidikan itulah hasil daripada kerajaan. Jangan menafikan perkara itu. Banyak lagi negara membangun dimana rakyatnya bijak tapi sukar untuk mendapatkan peluang belajar.
Tapi sayang.. orang yang dikatakan bijak tapi akalnya masih di dalam kepompong. Kerana itu aku amat kecewa apabila orang bijak tidak menggunakan akal untuk berfikir lantas mudah ditipu dan terpedaya hanya dengan kata2.
Berapa banyak orang melayu Islam yang rugi dalam politik sekarang..? Hanya kerana menyelamatkan nyawa politik seorang maka bangsa dan agama direnyutkan.
BN memancing undi dengan roadshow mendengar keluahan rakyat. Sebaliknya pakatan memancing undi dengan demo merosakkan negara. Tidak cukup dengan demo, mereka paw rakyat untuk pilihanraya. Ironinya… mereka tetap katakana pakatan membantu rakyat.
Tak payah la gebang guan eng, khalid gagap atau husam tak pernah ambik duit rakyat. Aku bukan kanak2 untuk mengatakan mereka ini maksum. Mereka ni sama je sepsis dengan umno.
/me Bersih makan tuan.
No comments:
Post a Comment