Saturday, September 29, 2012

say no pada barisan

Dahulu melayu itu nusantara tapi sekarang melayu hanya di Malaysia. Melayu Brunei melayu broneo manakala melayu Singapore melayu boneka. Jarang kedengaran melayu indon walaupun realitinya semua bangsa nusantara itu adalah melayu. Tapi kerana penjajah melayu nusantara berpecah-pecah seperti kaca serpihan yang berderai.

Selain Brunei, Malaysia antara negara yang masih bertahan dari golongan pemimpin boneka. Itu dulu tapi sekarang dajjal sudah menjemalkan diri. Walau kita tahu perangainya tidak ubah seperti dajjal, dia tetap diagungkan seperti pemimpin wahid yang memperjuangkan agama bangsa dan negara.

Persoalan sekarang adakah si dajjal ini mampu menduduki putrajaya.?

Kalau ikut situasi semasa, kemungkinan itu ada. Semalam selepas pembentangan budget, aku akan mengundi pembangkang lagi walaupun cukai rokok tidak dinaikan.

Sekarang siapa jadi pembangkang umno akan jaga tapi kepada penyokongnya, umno pandang sipi2 je. Buat-buat buta atau pekak. Mungkin pemimpin umno berasakan penyokongnya seperti penyokong pembangkang yang boleh diperbodohkan.

Cukup la Najib. Kamu kapten kapal. Kalau tenggelamnya kapal adalah salah kamu dan kalau mara adalah kerana kebijaksanaan kamu. Memang tidak adil kalau kes kecil kamu dipersalahkan tapi oleh kerana kamu kapten apa jua yang dilakukan orang bawahan kamu ada tanggungjawab kamu.

Kebanyakan orang kerajaan menyokong pembangkang. Tapi mereka tetap dibelai. Kamu merayu hingga rayuan itu jadi bahan ejekan. Kamu angkat martabat orang Kelantan sampai tahap mereka seperti orang bangsawan. Kamu jadikan mereka pahlawan perang walhal mereka semua itulah musang berbulu ayam.

Aku dapat apa undi Barisan.? Di tempat kerja aku semakin lama semakin tertekan. Pentadbiran kerja semakin huru–hara. Yang bukan-bukan menjadi keutamaan. Bila rugi orang bawahan dipersalahkan. Bila sebut kenaikan orang atasan diutamakan. Orang bawahan hanya menanti ehsan.

Kalau Idris Jala mempromosikan projek menekan rakyat apa kurangnya syarikat aku. Dulu ceo yang dilantik hanya mementingkan diri. Semua kebajikan staff ditebas. Yang tinggal hanya gaji setiap bulan. Kenaikan tahunan di bawah paras kemiskinan. Bila ditanya, prestasi syarikat tidak memberangsangkan tapi bila kita check belakang gaji dia melambung sakan. Mengalahkan gaji memerintah kerajaan.

Jumlah elaun hanya 100 sebulan. Nak tambah elaun bergaduh sampai ke peringkat JPM. Bila ada isu besar ceo lepas tangan. Yang paling malang union dipersalahkan. Mereka dicabar menyelesaikan masalah peringkat kebangsaan. Bukankah itu bangang tahap cipan.

Pada syarikat bawahan ragam kapitan boleh tahan. Syarikat di urus seperti hak milik Yap Ah Peng. Kenaikan semua untuk orang satu kapal. Lain kapal lain tahun boleh apply. Semua kenaikan untuk pembangkang. Orang umno hanya mampu pandang. Jadi aku orang umno… sory goodbye.

Pada kebangsaan negeri pembangkang diberi peruntukan. Negeri aku negeri umno Najib biarkan terkulai. Highway ada tapi tol macam bangkai. Keluar pertengahan jalan tapi harga tol dikira seperti sepanjang jalan. Bukankah sial tahap gampang.

Masalah kampung mohon jawatan ketua. Dah 10 tahunan memohon tapi pak MB kata tidak ada peruntukan. Penduduk mahu kerja kerajaan, kata tidak ada kekosongan. Tapi bila duduk kedai kopi, nah ambik... ada yang mai utara, timur barat semua diberi kerja kerajaan. Orang kampong tidak ubah seperti kera yang dok dalam hutan. Sekarang podahh….

Kalau negara ini nak dijajah… aku tolong undikan untuk dijajah. Kalau yang diberi tanah berekar pun undi penjajah inikan pulak aku yang dikhabarkan kompeni dalam proses penjualan. Pegi jalan la sama najib.

MOH PAKAT RAMAI-RAMAI UNDI PEMBANGKANG.

contoh umno bingai

 /me nak gak dibelai.

No comments:

Post a Comment