Nak tengok berita anak plak sibuk nak tengok ultraman. Yang pelik anak aku ni satu… ngan raksasa takut tapi dok sebuk nak tengok ultraman. “ abah.. ada tak raksasa kat dunia ni ? aim takut la….”. aduh… jenuh nak terangkan..
Nak menulis tentang kehidupan.. tentang hati… tapi aku sendiri masih keliru. Kenapa aku tidak boleh focus masa test ngan ST hari tu. Litar semua jadi tapi hamming. Beza 1 fasa je kat star.. tapi aku blurr sangat sampai lampu trip pun aku tekan button stop. Kompom la lampu trip tak nyala. Bangang tak habis kan…..
Masa free ni aku layan anak aku baru 2 bulan. Dah boleh nak menyembang. Sekrang makin rajin nak menyembang. Aku rasa anak aku ni cepat skit dari kakak dia. Tak sampai 40 hari dah boleh diagah. Mungkin barakhah bersalin malam nisfu syaaban kot. Mak dia pun mengadu.. bersalin kali ni tak rasa sakit.
Apa yang pelajari dalam kehidupan seminggu dua ni..?
Hidup kat dunia sekarang ni ialah melepaskan tekak masing-masing. Di samping itu, kehidupan kita tidak lari dari dari norma-norma kehidupan yang mementingkan kehidupan materialistik dan paras rupa. Kita tidak boleh lari dari perkara-perkara tersebut walaupun perhubungan itu hanya sebagai kawan.
Hampir semua kawan aku pembangkang. Kalau 10 orang 9 orang pembangkang. So tidak terkecuali member aku seorang ini. Tapi aku pelik skit sejak kebelakangan ini. Dia tidak menunjukkan ciri pembangkang sangat. Rupanya ada kisah disebalik perilaku. “ kita kena pentingkan tengkuk kita yeop. Mana ada orang kaya yang ikhlas nak tolong orang susah.”
Yela.. rezeki dia. Aku tak jeles pun. Sekurang-kurangnya sorang kawan aku dah senang. Kalau dia berhenti keje pun ada hasil untuk menyara anak bini.
Kenyataan Dr. Asri pada forum fikah politik di Shah Alam membuatkan aku teringat kata-kata member aku ni masa minum pagi. Bila aku ajukan soalan.. carikan aku video Anwar, Hadi dan Kit Siang yang menyatakan mereka hendak membuat hudud.
Jawapan dia senang je… “ aku tak kisah ada atau takde.. asalkan mereka ada niat nak buat cukup. ”. Aku diam dan…. Yela.. pandangan ko.. takan aku tak bantah kot. Pandangan masing-masing kan..
Kenyataan Dr. Asri di Malaysiakini, amat mudah. Umno masih mengamalkan politik agama 80an iaitu jangan mengundi bukan Islam sedangkan Pas sudah tidak mendendangkan lagu tu. Bagi aku kenyataan ini sama dengan kenyataan member aku tu. Kalau kita menyokong parti tu… kenyataan atau pandangan kita akan menjurus ke arah parti yang kita sokong.
Kenapa Pas sudah tidak mendendangkan jangan undi bukan Islam..? Seingat aku, sehingga tahun 90an Pas masih menggunakan isu itu sebagai isu politik. Tapi selepas Pas berkawin dengan Dap dan Pkr isu itu dimatikan. Persoalan aku…. Dr. Asri betul ke ikhlas memberi pandangan sebagai orang agama..?
Kalau dia benar-benar iklhas… aku rasa Pas yang dok mencanang isu itu berbanding Umno. Takan la umno dalam BN nak bermain isu itu sedangkan BN ada pelbagai kaum.? Logik ka Dr..?
Kalau dulu Pas kata undi bukan Islam boleh jadi kafir tapi sekarang mereka tidak berani nak kata dah. Sebab calon parti mereka nanti sendiri akan diwakili kafir. Jadi jangan anggap Pas tu maju ke depan atau Islam yang dibawa oleh Pas itu betul… tapi tindakan Pas itu adalah kerana politik semata-mata.
Jika dinilai pandangan beliau tentang politik.. aku kira beliau tidak berfikiran jauh. Sepatutnya sebagai seorang yang berstatus Dr. Falsafah dan bekas mufti pandangan beliau adalah lebih bernas dari orang-orang biasa.
Sama la dengan pandangan member aku. Kalau niat pun dah memadai… apa nak cakap kan. Kalau umno suruh buat itu ini. Kalau tak buat dihentam cukup2. Alasan sebab umno memerintah. Tapi kalau pembangkang semua takpe. Asalkan ada niat. Sebab tu masa belum memerintah hendak menutup kilang arak.. tapi bila dah dapat.. takpe.. arak bukan untuk orang Islam. Porahh….
/me cakap memang senang
No comments:
Post a Comment