Sunday, October 28, 2012

[Arsenal] hanya untuk peminat Arsenal


Kemenangan 1-0 Arsenal ke ke atas QPR adalah kerana nasib. Itupun setelah Mbia di perintah keluar padang setelah beliau secara sengaja menendang Varmaelen.
Setelah tewas dengan Norwich, taktital  Arsenal kembali seperti biasa dengan meletakkan Arteta naik keatas membantu serangan. Minggu lepas Arsenal tidak memasukkan Walcot dan Arteta bertindak sebagai defender midfielder.
Game minggu lepas, apa yang aku nampak, serangan hanya berlegar di tengah padang. Ketiadaan RVP bukan sahaja dirasai tapi telah menyebabkan Arsenal tidak mempunyai penyerang yang berwibawa atau peledak yang mampu menghasilkan goal. Giroud gagal sama sekali sebagai penyerang.
Lebih dihargai di Arsenal
Ketajaman RVP memang tidak boleh dipertikai. Dari bola yang tidak dijangka tapi beliau boleh merubah keadaan. Itu dulu tapi sekarang dia bahagia di MU. Keputusan beliau untuk berpindah ke MU adalah tepat. Polisi yang diamalkan oleh Arsenal telah mematikan ramai peminatnya sendiri. Aku sendiri kecewa dengan barisan pemain yang sediada.
Arsenal memerlukan penyerang berbisa dan pemain tengah yang bertaraf dunia. Dulu ada Fabregas yang amat kreatif seperti David Silva Manchester City. Selepas ketiadaan Fabregas, Arteta sedikit sebanyak membantu jentera tengah disamping oleh Alex Song. Tapi sekarang Alex Song pun dah dijual. Yang mungkin boleh diharap sekarang ialah Ramsey dan Wilshere.
Dijangka Walcott juga akan dijual pada musim perpindahan Januari akan datang setelah beliau menolak kontrak baru yang ditawarkan. Walcott mendakwa bukan gaji yang menjadi penyebab utama tetapi peranan dan posisi dia yang tidak berubah. Beliau ingin menjadi penyerang untuk menggantikan RVP.
Kalaulah Walcott dijual, siapa lagi pemain Arsenal yang bagus. Setakat ini hanya Podolski yang boleh diharap dan beliau berjaya memainkan peranan sebagai wing kiri. Gervinho aku tidak gemar pemain ini. Suka membawa bola tapi hilang begitu sahaja di kaki lawan.
Walau musim lepas adalah musim paling kompetif dimana juara liga ditentukan pada saat terakhir perlawanan, namun sebenarnya Arsenal boleh menjadi juara jika pasukan ini tidak mensia-siakan peluang dalam beberapa perlawanan terakhir. Bagi aku, kekalahan itu adalah kerana kecederaan Arteta. Selepas Arteta kembali beraksi, barulah Arsenal memenangi baki perlawanan.
Bagi aku, Arteta lebih baik dari Cazorla tetapi Wenger lebih percayakan beliau dari Arteta. Begitu juga dengan Walcott, Wenger lebih percayakan Gervinho daripada dia. Sedangkan musim lepas kebanyakan gol yang dijaringkan oleh Van Persie adalah hasil daripada hantaran Walcott.
Buktinya perlawanan malam tadi. Selepas kemasukan Walcott barulah serangan Arsenal lebih berbisa dan goal Arteta membuktikan bahawa dia lebih baik dari Cazorla.
Selain itu, apa yang mengecewakan aku ialah semua keeper Arsenal. Mereka ini hanya standing Farizal Marlias atau Hamsani. Entahlah…. Kegemilangan Arsenal sudah berlalu. Yang tinggal hanyalah harapan agar polisi “berjimat” tidak ada dalam kalimat Arsenal.
Kalau aku jadi Tony Farnandes, aku dah pecat Mark Hughes. Kalau Swansea atau Southamptom tidak ada pemain bintang boleh mempamerkan permainan yang baik untuk ditonton, tidak ada sebab mengapa QPR menjadi kelab belasahan.

No comments:

Post a Comment