Sunday, October 28, 2012

[PAS] Berkorban Untuk Agama


Salah satu perkara yang dibawa mati ialah amal jariah seperti mewakafkan tanah samada untuk membina surau, sekolah, madrasah dan sebagainya. Atas alasan ini pemimpin Pas yang dibarisi orang yang berlatar belakangkan agama memanipulasikan sepenuhnya hadis ini untuk kepentingan diri.
Adalah menjadi amalan parti mengutip cukai setiap kali ceramah. Untuk menghalalkan cara, mereka mengatakan kutipan itu adalah bagi memenuhi keperluan parti yang berjuang menegakkan agama. Kejayaan Pas menjual meja kosong seperti makan malam bersama pemimpin telah membuatkan mereka bertambah agresif dimana semua program mereka akan dikepilkan dengan amalan sedekah. Jadi tidak hairanlah jika lebuhraya rakyat juga akan dibuat dengan menggunakan kaedah yang sama.
Aku tidak mempertikaikan amalan sedekah kerana ia amat dituntut dalam agama tapi yang membuatkan aku kecewa ialah rakyat dipermainkan dengan konsep ini. Sampai satu tahap golongan yang kurang berkemampuan dan naïf dengan pengetahuan dipergunakan demi kepentingan segolongan manusia yang bertopengkan agama.
Kita sudah maklum bahawa orang yang mendapat BR1M adalah dari mereka yang berpendapatan seisi rumah dibawah RM3000. Sepatutnya kerajaan atau pemimpin membantu mereka ini tetapi apa yang dibuat oleh Pas ialah sebaliknya. Mereka memomokan bahawa duit itu haram kerana berunsur rasuah bagi pilihanraya akan datang.
Kalau BR1M rasuah, bagaimana bantuan RM100 oleh kerajaan Penang.? Sebaliknya pembangkang mengangkat martabat Lim Guan Eng sebagai khalifah Umar. Dan yang lebih membingungkan ialah mengapa Pas mengambil duit BR1M yang dikatakan haram itu untuk parti. Bukankah itu menandakan mereka memperalatkan golongan marhaen.?
Malam Aidiladha yang lalu, uztazah segera Pas Abby telah mengeluarkan fatwa bahawa         “ jika tdk mahu berkorban utk mperjuangkn agama, tp mlakukan korban utk lembu dsb, itu tidak dikira korban, itu dikira mbunuh binatang.
Begitu mudah penganut Pas mempermainkan hadis agama. Aku tidak membicarakan tentang kenyataan beliau yang sememangnya menyelewang tapi aku hanya ingin menyentuh soal berkorban untuk agama.
Pemimpin Pas amat sinonim dengan kenyataan ‘demi agama’ walhal semua itu ada retrotik mereka untuk menipu orang Islam. Kalau benar Pas memperjuangkan agama, menyarankan agar penganut mereka mengeluarkan sedekah, maka sepatutnya ia dimulai oleh pemimpin mereka sendiri.
Saidatina Khadijah RA sanggup menghabiskan hartanya kerana Islam, tetapi pemimpin Pas boleh berkereta besar, melancong ke luar negara malah ada sesetengah kekayaan pemimpin mereka juga setaraf dengan pemimpin umno. Mereka ini nampak zuhud tapi dibalik jubah mereka tersimpan kekayaan yang disembunyikan.
Menggadaikan Agama Kerana Dunia;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).
Kalau Abby ini berkorban untuk agama, berapa hartanya habis untuk Islam.? Ada yang mengatakan bayaran penceramah Pas boleh mencecah 2K untuk satu sesi dan angka itu bergantung kepada populariti seseorang. Jika bayaran boleh mencecah setinggi itu, boleh dianggap zuhud.?  
Itukah yang dikatakan kerkorban untuk agama .? Bukankah mereka ini berselindung atas nama agama untuk kepentingan diri.
uh.. taksub yang boleh menyesatkan

/me sedekah hanya yang termampu

No comments:

Post a Comment