Dulu Negeri Sembilan pasukan adalah pasukan belasahan. Selepas lewat tahun 90’an pasukan ini antara pasukan yang memberi cabaran dalam liga bola sepak Malaysia.
Negeri Sembilan adalah pasukan finalis sejak beberapa tahun lepas dan tahun lepas adalah pasukan juara piala Malaysia. Tapi tahun ini terkandas di suku akhir di tangan ATM.
Pasukan ATM adalah wajah Negeri Sembilan kerana 7 pemain
utama pasukan ini adalah bekas pemain Negeri Sembilan. Jadi aku tidak salahkan Azrai Khor jika pasukan negeri aku tidak
layak memasuki perlawanan akhir.
Tahun lepas kekuatan Negeri Sembilan agak seimbang pada semua posisi. Pada perlawanan akhir Piala Malaysia apa yang aku nampak ialah kekuatan pada bahagian pertahan yang diketuai oleh Aidil dan Irwan Fadhli Idrus. Salah seorang dari mereka berdua ini akan bertindak seperti sweeper.
Tahun ini aku tidak mengikuti sangat perkembangan pasukan
ini tapi yang aku perasan ialah kerajinan Sahurain dan Syakir Ali. Bagi aku prestasi Effa Owana agak memuaskan tapi sebaiknya negeri perlu mencari pengganti
kedua-dua pemain import. Dikhabarkan musim depan Owana akan bersama Terengganu.
Tandukan Effa owana memang berbisa tetapi kelemahan yang
agak ketara ialah larian dan skill menggelecek yang agak lemah. Tidak seperti
Bakamengga, bukan sahaja penyudah yang tajam tetapi larian beliau juga sering
menjadi masalah kepada pertahanan lawan.
Fabrak atau Marian Fablak aku kira boleh mengucapkan selamat
tinggal. Mutu permainannya biasa-biasa sahaja. Ramai lagi pemain tempatan boleh
menjadi centre back. Adalah lebih baik mencari pemain tengah dari pemain
pertahanan. Antara pemain yang aku gemar untuk menggantikan tempat beliau ialah Mahalli Jasuli dan beberapa nama
lagi pemain harimau muda.
Aku suka Arsenal dan Arsenal juga kelab yang aku benci. Suka
tengok corak mereka bermain dan bengang sebab pemilik kelab pokai., kedekut dan
tidak ada semangat untuk menjadi juara.
Bila sebut corak atau taktikal kebanyakan pasukan (kat Malaysia dipanggil pasukan bukan kelab) taktikal mereka ala-ala eropah. Sedangakan saiz tubuh dan mutu tendangan tidak sebaik orang eropah. Sebaiknya pasukan atau pasukan kebangsaan menerapkan corak yang dipraktikal seperti Arsenal atau Barcelona.
Bila sebut corak atau taktikal kebanyakan pasukan (kat Malaysia dipanggil pasukan bukan kelab) taktikal mereka ala-ala eropah. Sedangakan saiz tubuh dan mutu tendangan tidak sebaik orang eropah. Sebaiknya pasukan atau pasukan kebangsaan menerapkan corak yang dipraktikal seperti Arsenal atau Barcelona.
Buat pengurusan PBNS, dah lama aku dengar Faizal Zainal
menjadi parasit. Coach tidak ada kuasa
untuk menentukan barisan pemain sebaliknya Faizal yang menentukan lineup
sebelum sesuatu perlawanan. Kenapa Faizal Zainal.? Orang kata sebab dia baik
Mr. MB. Entahlah.. Aku tak nak salahkan Faizal Zainal tapi salahkan MB itu sendiri. Dia ada
akal kan…..
Rumous Shukor akan ke ATM, Farizal ke Perak Kunalan ke
Selangor. Jadi tahun depan team The Jangs akan dibarisi pemain baru. Pemain
import baru coach pun baru.
Terima kasih Azrai.
/me Pemain sama tapi nama pasukan je lain.
No comments:
Post a Comment