Tengok video ini aku agak sebak. Aku tak tahu kenapa aku sebak. Inilah realiti dilema orang melayu. Sokong pembangkang, melayu tidak ada tempat, berpaksi pada Umno ramai pemimpin umno seperti Nur Jazlan. Ke mana harus aku pergi.? Kalau dulu, burung liar pun mahu berteduh di bumi Malaysia, namun kini bumi Malaysia dipenuhi ular-ular yang melingkar.
Kita kalau bukan di dalam dunia perniagaan, kita tidak sedar perniagaan bumiputera semakin tersepit. Peniaga semakin tertekan dengan dasar-dasar kerajaan yang semakin terbuka. Walau ekonomi perlu berkembang dengan sendirinya namun kawalan kepada dasar perniagaan itu perlu ada.
Kerajaan ada dasar yang baik tapi sekarang ramai peneraju dasar itu manusia seperti Nur Jazlan. Waktu dulu kerajaan menubuhkan banyak jabatan membantu orang melayu seperti UDA, Mara, Kemas, Felda dan pelbagai lagi jabatan untuk meningkatkan ekonomi masyarakat secara langsung.
Secara langsung yang aku katakan ialah matlamat dasar dibuat akan disampaikan hingga ke akar umbi atau masyarakat akan menikmati dasar itu hingga berjaya. Sekalipun tidak berjaya, sekurang-kurangnya keberhasilan dasar itu tidaklah hanya di atas kertas.
Aku ambik contoh Kemas. Dulu kemas ialah penggerak masyarakat wanita luar bandar. Bengkel-bengkel manjahit, membuat perhiasan dan termasuk Tabika Kemas. Warisan Kemas sekarang hanya tadika Kemas.
Begitu juga dengan UDA. Dulu Uda dan Mara membuat bangunan perniagaan untuk membantu perniagaan orang melayu. Perniagaan kecil biasanya Mara akan membantu sementara perniagaan agak besar UDA akan mengambil alih. Sampai satu ketika, UDA membuat perumahan bukan sahaja bersifat komersil tapi pada masa yang sama rumah yang dijual tidak terlalu mahal.
Tapi sekarang UDA seperti tidak wujud sedangkan UDA banyak mendapat keistimewaan dari kerajaan. Baik sahaja UDA dihapuskan daripada diterajui manusia hatinya yang tidak bersih.
Jati diri pemimpin atau bos sekarang tidak sekuat orang dulu. Orang dulu, ambil sedikit untuk diri sendiri tapi tinggalkan untuk orang lain juga. Orang sekarang ambil sebanyak yanng boleh. Walau Uztaz Don ada menyatakan, kita yang mendidik orang sekarang jadi kita tidak boleh menyalahkan mereka.
Aku dalam katagori orang sekarang. Umur masih muda. Mungkin kerana pengalaman dan kesusahan membuatkan aku kecewa. Kecewa dengan sikap pemimpin dan bos sekarang. Bos aku juga utusan kerajaan. Tapi dasar atau sikap beliau amat mengecewakan. Bos sekarang hanya memandang keuntungan dan melupakan kebajikan staff atau rakyat.
Kebanyakan kebajikan rakyat atau staff adalah warisan pemimpin terdahulu sementara pemimpin sekarang hanya menjual harta yang diwarisi.
/me umno sekarang bukan umno 46
No comments:
Post a Comment