Thursday, October 18, 2012
Kedah Bayar Rumah Tak Wujud
Biasanya Laporan Audit Negara ( LAN ) akan memberikan kita laporan, " Pemutar Skru dibeli dengan harga RM240".
Jabatan yang selalu terkantoi, ialah anak syarikat Mara samada IKBN, Giat Mara atau ILP. Tapi tahun ini dilaporkan Kedah " terlebih " bayar. Membayar rumah yang tidak wujud.
Perkara kedua yang dinyatakan di Malaysiakini ialah berkaitan dengan Pinjaman tanpa kelulusan Lembaga pengarah.
Aku tak nak braprasangka buruk. Aku anggap ia kesilapan teknikal walaupun sebenarnya kesilapan itu berunsur rasuah atau mencuri duit rakyat.
Yang membuatkan aku agak musykil ialah mengapa Malaysiakini menyiarkan keburukan Kedah. Bagaimana prestasi negeri-negeri pakatan lain..?
Malaysiakini adalah wadah Pakatan. Jadi setiap laporan yang diterbitkan mesti ada agenda. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysiakini adalah berita tajaan Soros. Soros bukan kawan Pas tapi kawan Pkr dan sebilangan orang Dap.
Jadi apa agenda Malaysiakini.?
Azizan adalah Menteri Besar dari Pakatan tetapi seringkali menjadi masalah kepada perpaduan pakatan. Banyak isu nasional Azizan tidak selari dengan suara Pakatan. Isu yang terbaru ialah berkenaan dengan etika pemakaian iklan bagi orang Islam.
Mungkin Malaysiakini mengambil peluang untuk menjatuhkan imej Azizan sebagai Menteri Besar Kedah. Azizan bukan team Anwar dan bukan ahli Pkr. Anwar perlukan remote control di Kedah. Jadi dengan membangkitkan isu ini, Pas tidak ada pilihan selain menggantikan beliau dengan muka baru.
Hasil laporan LAN, kebanyakan blogger memukul gendang bahawa negeri-negeri yang ditadbir oleh puak mereka bagus-bagus belaka. Kalau pro kerajaan mereka akan mencari kesalahan kerajaan Pakatan dan begitulah sebaliknya. Kuman di seberang nampak tapi bangkai gajah di depan mata, pura-pura buta.
Unisel rugi..? Kalau betul sebelum ini Unisel untung tapi semenjak Pakatan mengambil alih ia rugi, ini sesuatu yang tidak baik. Kalau Khalid Ibrahim disanjung sebagai MB terbaik dari segi tadbir urus, mengapa berlaku kerugian di Unisel.?
Ada lagi Universiti yang setiap tahun rugi dibawah kerajaan BN. Yang lebih menyedihkan ranking universiti semakin jatuh. Bila sebut ranking, kebanyakan rangking universiti kita tidak boleh dibanggakan. Kalau ada pun, hanya satu, Unimap.
/me menjana professional.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment